Pages

Tuesday, February 5, 2013

Semoga berjumpa lagi

Assalamualaikum

Pertamanya aku nak minta maaf sebab lama gila tak update blog dan tetiba aku tutup jer blog ni dari korang baca. Memang hajat nak hilangkan diri macam tu ajer(Alaa...hilang satu blog takde impak kat dunia blogging pun kan?) tetiba rasa bersalah pulak sebab ramai la pulak yang email , ambil berat pasal keluarga aku dan aku pulak ambik masa nak reply e-mail2 ni semua.

Keduanya, terima kasih kepada semua yang mendoakan Amjah. Alhamdulillah, kami sekeluarga dalam keadaan baik-baik sahaja.

Ketiganya, aku dah ambil keputusana untuk berhenti dari blogging. Samada buat sementara atau selamanya aku serahkan pada Allah. Keputusan ini diambil untuk aku tumpukan perhatian pada keluarga terutamanya Hamzah yang sedang menjalani rawatan intensif InshaAllah sepanjang tahun ini.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan terima kasih pada semua follower/reader yang sudi baca karangan-karangan aku. Maaf kalau ada salah silap aku dalam penulisan atau terover bergurau senda dalam ruangan komen yang buatkan korang tersinggung. Yang pernah berurusan jual beli dengan aku, aku minta halalkan mana yang terkurang. Kalau nak claim apa2 yang tak terkurang tu sila e-mail aku.

Akhir sekali, semoga korang semua sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia selalu, amin.
InshaAllah umur panjang kita jumpa lagi.


Salam Sayang,
Topsyturvymum.

Thursday, October 25, 2012

Doakan Amjah

Assalamualaikum

Sempena raya esok, aku nak minta maaf zahir batin jugak sebab buat2 menghilangkan gitu. Aku ada cuma mood takde.

Amjah sakit dalam sebulan ni.
Aku beraya kat hospital esok.

Minta korang doakan dia cepat baik.
Aku rindu nak tengok dia sihat macam dulu.

Selamat Hari Raya Eidhul Adha.

Monday, October 1, 2012

Tetiba TERRR..

السلام عليكم

Amaran: Karangan sangat panjang. Ada rasa nak terkucil, sila lepaskan hajat dahulu sebelum membaca.

Alhamdulillah Mak Jah dah selamat ke tanah suci Mekah Al Mukarramah Rabu minggu lepas. Aku dedulu ada gak plan nak balik M’sia nak babai2 dia masa berangkat, tapi Abg Saad tak dapat lak ambik cuti. Lagipun ngam2 jer dia berangkat masa bebudak ni cuti sekolah. Tak dapatlah aku nak bersedu sedan peluk ketat2 masa dia naik bas ke epot.

Lama dah tak hantar sesiapa gi haji. Last sekali masa aku kecik lagi 7-8 tahun kot. Arwah nenek aku gi haji. Kenangan tak bleh blah aku masa tu….

Takut naik escalator.

Patut zaman tu budak2 takut ke hantu paku, hantu payudara segala.

Aku takut naik escalator. Sapa la nak dukung aku kan umur dah cenggitu?Jenuh Pak sedara aku bawak aku ikut jalan jauh. Nak  guna tangga jugak. Adik aku sedap la ada orang dukung, padahal aku suspek dia pun penakut. Patutnya dukungla aku. Aku kan anak tunggal pompuan. Kang kalau kaki kena sedut, kan dah kurang harga hantaran kat situ. Hmmm…Tu la mak bapak zaman dulu bukan nak pikir jauh.

Doakanlah Mak, Ayah, Mak Ngah aku dan semua para jemaah dalam keadaan sihat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang Mabrur, amin.

Mak…kalau terbaca ni, jangan lupa doakan anak mak ni yer semoga sihat selalu, lambat berkedut dan semakin cerah.

 

Sabtu lepas kitaorang TERRRpergi holiday walaupun 1 malam jer. Janji bukan bermalam di rumah sendiri, holiday ler tu.

Pergi Geelong lagik cam tahun 2010. Khamis malam tu kawan aku sms ajak gi. Jumaat pagi baru carik accomodation. Nasib ada. Sebab hari tu Footy Grand Final, semua orang nak duduk rumah layan TV atau gi stadium.

Pagi Sabtu gedebak gedebuk lepas subuh siap2..

 

IMG_5456

3 biji basikal jer boleh muat. Terpaksa la aku berkorban tak bawak basikal aku.

Dalam kete memang penuh la ngan barang2 7 orang. MIL ngan FIL pun ikut sama.

Macam biasa lepas aku dah masuk kereta…

 

 

Tetiba jer dah sampai.

Terer ko bang bawak kete, sekelip mata gitu.

Kesat2 mata dengan perlahan(takut comot mascara ai nanti)..

IMAG1189-1

“Ni ker cabin kita bang? Apsal macam toilet jer?”

“Dah memang toilet, memang la macam toilet!” kata beliau dengan agak tegas.

Jeles lettewwwww tak dapat tido!

 

Ni haa…

IMG_5492

Kitaorang sampai dalam pukul 11 gitu. Tapi check in time kul 2. So, gi carik tempat makan dulu. Nasi beriani yang aku masak lepas subuh macam melambai2 sambil buat tarian makyong.

Terpaksa makan laju2 sebab masa sampai tu hujan, makan lak kat pondok. Punya la sejuk. Tapi aku berjaya gak habiskan sepinggan sebab itu memang kepakaran aku. Makanan biasanya habis dengan jayanya walau keadaan macammana sekalipun.

Taktau nak gi mana lak pastu. Tetiba datang idea…

Apsal tak call jer tanya boleh check in awal ke idak?

Diorang kata BOLEH.

Tu la kannnn? Kalau kenyang macam2 boleh fikir.

Mengong betol! Kalau call awal2 masa sampai, dah boleh aku tambah 2-3 pinggan.

IMG_5493

Ni la rupa holiday park yang kitaorang duduk. Cabin kitaorang yang 2 biji hujung sekali. Satu utk MIL ngan FIL.

IMG_5459

Ni rupa kat dalam. Ada dua bilik. Satu bilik ada double bed, satu lagi 2 bunk bed. Tapi aku, saad ngan Amjah jer yang dok sini.  Ada dapur untuk masak2. Aku bawak kuali letrik aku utk goreng mee malam tu. Kat rumah sebelum pergi aku siap2 dah buat perencah mee goreng. Senang. Nak makan, cuma masukkan mee ngan sayur jer. Malam tu makan potluck la. Kawan aku bawak makanan dia jugak.

 

IMG_5460

Kira selesa la jugak. Selesa la kann…dah aku ngan saad jer kat situ. Amjah datang pun masa nak tido jer. Masa aku ambik gambar ni, tetiba dengar bunyik berdegang!! Terkezut mak.

Saad langgar pintu cermin.

Hmm..takyah la citer lebih2. Tak baik kutuk laki sendiri hahaha.

 

IMG_5470

Petang dalam pukul 1 lebih diorg dah siap2 nak mengayuh. Nasib tak  tunggu saad punya time check in kul 2.

Aku babai2 jer la sebab dah kenyang, ada la program aku sendiri.

 

Esok paginya turn aku plak.

Aku nak bawak camera aku, Saad tak bagi.

Lemak sendiri pun tak terangkat lagi nak angkat camera katanya.

So, gambar masa pengembaraan aku ni, guna camera dari fon jer la.

 

IMAG1196

Termasuk aku 5 orang jer yang gi pagi tu. Yang bertiga depan tu takde keje lain bercakap tak habis2. Ntah mende2 berceritanya.  Dah la semua gossip2 tak mengghairahkan langsung.Penat dengar diorang bercakap dari penat mengayuh.

 

Eh…

IMAG1220

Gambo aku mengayuh pun ada laaaa..

Gigih mendada sambil melentikkan vontot untuk tatapan korang punya pasal.

 

IMAG1197

Lepak jap tepi Barwon River. Tengok orang berkenu.

IMAG1204

Mesyuarat dalam hutan.

 

IMAG1215

Lagi pemandangan. Pakai sari sambil  golek2 pun best ni.

 

Singgah lagi ambik gambar..

IMAG1209

Aku suka gambar ni walaupun bukan hasil DSLR. Ahkak nampak cerah berseri kan walaupun sipi2 jer? Hakhakhak! Apakah makjah awal2 sudah membuat doa?

 

IMAG1218

Ni dari atas jambatan. Pakai sari sambil terjun tiruk pun best ni.

 

IMG_5499

Pakcik2 warga emas sedang membersihkan.err..ntah la apa nama bentuk mukabumi ni. Kolam ker paya ker parit ker bendang ker? Takde la aku kesah.

Janji gambar kat camera aku penuh. Ni gambar masa aku jenjalan sebelum nak balik. Sempat patah balik sikit.

 

IMG_5496

 

IMG_5501

Caravan park sebelah.

Aku balik dari jalan2 seorang diri….

IMG_5487

Nampak budak2 ni dah terkinja2 kat sini.

Yang entry semalam tu aku melompat serba hitam tu kat sini la. Lepas cycling ler tu. Belum beli trampoline pun lagi laa.

Takper, kita ambik mood dulu kat sini sebelum beli.

Ni bukan trampoline tapi jumping pillow.

 

Ok lemon2 sekalian…

Sila behave okeyy! Tolong jangan merusuh kat dalam tu, mak nak melompat ni.

IMG_5502

Masuk gear 1 dulu.

 

IMG_5506

Hahaha…gear berapa pun taktau la ni.

IMG_5513

Acara lompat berpasukan. Habis melurut terus lilitan tudung aku.

 

IMG_5514

Whussssshhhh!!!! Gaya mendarat.

Adnan terkesima tengok mak dia.

Akmal aku taktau apa masalah dia.

Ahhh..ada aku peduli?

 

IMG_5520

Hahahahaha…aku taktau nak buat caption apa ni weiii..

Over sungguh!!!

Ni kalau duduk lagi satu malam kat situ, mesti dah boleh buat sommersault berpusing.

IMG_5530

Amjah sampai takut haaa…Peluk ketat2 bapak dia.

Benarkah apa yang aku nampak itu mamaku?

 

 

IMG_5553

Malam tadi Saad tengok gambar2 dalam camera. Pastu dia cakap..

“Ehhh..tengok i melompat, bila  jatuh pun rambut ngan spek menten jer. Macam Steven Seagal…fullamak!!”

Ok, kasi chance ko berangan bang. Aku penat malam tadi. Malas nak keluar suara walaupun memang dah siap karangan aku nak jawap.

 

 

Steven Seagal yer Bang??

Ohhh…Steven Seagal..

Hakikatnya Bang…Memang pedih la sikit, harap bertabah yer Bang.

IMG_5554

Tarmimi Serigar pun belum tentu Bang. Cer tengok cara ko melompat tu Bang. Seteven Seagal memang takde gaya macam kentut tak lawas gitu rasanya. Cara  melompat tu(kalau gitulah namanya melompat) aku bagi nama Lompatan Ala Menopos.

Tabah yer Bang. Sila cepat2 belikan trampoline untuk ai budak2 ni  yer. Luv u strong babeh!

 

Akhirnya…

IMG_5555

Jaga Amjah lagi senang kan Bang?

IMG_5560

Budak ni baru baik demam. Susut sikit badan dia takde selera makan.

 

Lepas melompat ni memang satu hari badan rasa macam nak melompat jer. Ntah pesal. Malas tadi masa aku melakukan proses penyahtinjaan pun rasa macam badan nak melompat atas toilet bowl tu. Lama aku kat dalam. Biasa 5 minit jer, tapi jadi 15 minit. Otak aku konfius mana nak proses perasaan nak melompat aku ngan melakukan proses penyahtinjaan.

 

Lepas check out gi cari Sunday Market dekat2 situ…

Ada satu tapi dah tinggal hujung2 jer.

Banyak dah tutup.

IMG_5570

Hujan sikit tapi xde hal sangat. Hujan manja2.

 

IMG_5564

Macam nak hangkut balik rocking chair ni tapi kedai jual lori tak bukak pulak hari tu. Dia jual $25 jer kusi ni. Tak lama pastu ada orang beli. Tengok jer orang tu angkut sambil berharap ada part yang patah nanti.

 

IMG_5571

Untuk yang minat set cawan cenggini. Royal Albert Made in England. Mahal ler $15. Cer jual $5 jer, boleh gak aku beli pastu jual kat blog $15 kan?

IMG_5575

Ntah mende la sampah sarap yang nkorang jual sampai aku pun terjebak membeli.

Last kang aku tayang hasil belian aku kat market ni.

 

Pastu gi solat zuhur dulu. Jamak terus. Kata musafir di aidilfitri.

 

IMG_5582

Ni Masjid Geelong. Bentuk macam church jer kata korang kan?

Memang asal dulunya church. Tapi bila church ni dijual, Umat Islam kat sini membelinya dan transform jadi masjid.

 

Ke Geelong Waterfront pulak.

IMG_5591

Memang landmark Geelong batu tak ketahuan bentuk ni.

 

IMG_5607

Cuaca cantik sangat semalam kat sini walaupun forecast kata hujan.

Lepak2 kat sini sambil minum kopi beramai2.

Yang pool bulat ni untuk bebudak jer. Saad keciwa.

 

IMG_5618

Aku ambik gambar sambil golek2. Tapi malangnya sari tak sempat siap.

IMG_5621

Amjah kini….

Dan…

DSC06361

Amjah 2 tahun dulu…

Di tempat yang sama.

Well done Amjah! Ada peningkatan dalam mengepau eskrem.

 

Petang dalam kul 3 bertolak balik.

IMG_5624

Sebelum turun Westgate Bridge. Diorg dah pasang pagar kat tepi jambatan tu. Dedulu ada kes orang humban anak pompuan dia umur 3 tahun dari atas jambatan tu. Giler punya bapak. Abang2 dia tengok jer ayah hamjad tu humban adik dia. Sadis okeh. Nak nangis bila teringat.

 

Ok, last sekali mari tengok hasil dari Sunday Market.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

IMG_5630

Bakul $5

Mangkuk 3 segi $4

Botol todi $4.

Haha..botol tu memang asal penggunaannya utk derang letak minuman syaiton tu. Tapi aku guna nak letak minyak masak dalam tu. Stylo sikit kan tempat simpanan minyak masak aku?

Saad tengok..

Dan berkata…..

 

 

 

 

“Sebelum hari ini…Belum ada keturunanku beli botol todi.”

Sunday, September 30, 2012

Friday, September 21, 2012

Pernah lihat lemon sebegini?

السلام عليكم

Hari ni aku update awal2 lagi haa..

Satu, kurangkan carutan korang terhadap aku yang innocent ini. Dah update pun kena carut gak. Sekarang ahkak dah berazam nak update blog selalu. Takut populariti turun plak nanti. Tuiih!

Kedua, hari ni last day sekolah sebelum cuti 2 minggu. Diorang habis pukul 1.30 ptg. So, aku ingat sebelum tu nak keluar meronggeng ngan Amjah sekejap di hari Jumaat yang mulia ini.

Semalam aku kena serangan hay fever. Dah spring ni, memang citer hay fever ni mesti ler ada. Lepas balik hantar Amjah ke kinder la terus bersin tak berenti-renti. Dengan hidung ngan mata gatal lagi takyah citer la, pakej lengkap!

Hidung tu boleh la genyeh2 pastu tarik balik kasi effect mancung semula la kan, kononnyaaa(Ntah bebila yang hidung aku penah mancung ntah). Mata tu aku terpaksa la menahan sengsara. Kang terover genyeh sangat kang, abis berkedut plak sekeliling mata ai ni. Terpaksa bukak dana botox pulak. Garu lite2 jer la. Try kedip mata laju2 tak jalan. Any idea uols?

Sebabkan tu semalam aku takde la masak2 sangat. Nasi pun tak masak. Aku buat sup ayam cicah roti jer. Roti pun beli. Bertuah jugak la aku nak masak kan dalam kesengsaraan menahan mata yang gatal?

Tapiiii..Ada jer yang komplen. Bukan komplen sebab aku buat sup sahaja. Komplen ke sup aku . Sesedap rasa bagi nama sup aku tu Sup Kentut. Lepas makan, asyik nak buang angin jer padahal resepi sama jer cam biasa. Beliau hangin(sendiri yg banyak angin salahkan sup aku pulak) sebab banyak kali kena angkat wudhuk semula masa maghrib ngan Isyak. Tapi aku takde lak dapat effect camtu. Sebab aku tak makan.

Malam ni aku buat kari ceri beri plak. Awas kau!

 

Hari tu(selepas raya) aku try buat mee rebus sendiri. Biasa MIL yang buat, aku tolong2 jer sambil konon catit resepi dalam kepala. Harammm la aku nak ingat selepas beberapa bulan. So, jadi segan nak call dia tanya. Ye la kan, dah banyak kali dia buat depan aku, tak reti2 jugak memang sesaje mintak backhand percuma.

So aku google la…

Jumpa resepi mee rebus haji wahid.

Dedulu masa aku kat Singapore, rajin gak la makan mee rebus haji wahid ni kat plaza angsana JB. Taktau skang ni mee rebus dia maintain paling sedap ke tak.

IMG_5433

Aku lupa nak tabur bawang goreng. Dah separuh jalan makan baru teringat.

Tapi kerepek udang tu best!

IMG_5435

Aku jumpa resepi ni kat blog Ceria Resepi. So aku copy paste jer la resepi yang dia type. Tak pasti lak apakah nama sebenar Haji Wahid ialah Haji Wahid Terbongkar.

RESIPI MEE REBUS HAJI WAHID TERBONGKAR

Bahan-bahannya
2 kilo mee kuning, dicelur
1/2 kilo daging, dihiris halus ataupun tetel
4 biji keledek, direbus dan dikisar
1 cawan tauchu, dicuci dan dikisar
3 ulas bawang putih, dikisar
3 biji bawang merah, dikisar
1 inci halia, dikisar
1/2 cawan udang kering, dikisar
3 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
5 sudu makan rempah kari daging
garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
minyak untuk menumis


Bahan Taburan Tepung Udang Kering
1/2 cawan udang kering, dikisar
80g tepung gandum
¼ camt serbuk kunyit
garam
air secukupnya
minyak untuk menggoreng


Bahan Hiasan
tahu yang digoreng, dipotong kecil
daun sup, dimayang
bawang goreng
telur rebus, dibelah dua
lada hijau, dipotong bulat
taugeh, dicelur
limau kasturi, dibelah dua

Cara Menyediakan

 
Cara-cara untuk Tepung Udang Kering
Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul rata. Cara menggoreng ada teknik sikit. Bancuhan tepung direnjis pada minyak dan goreng adunan sehingga garing. Angkat dan toskan. Minyak kena banyak untuk menggoreng tepung ini.


Cara-cara untuk Kuah
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan serai dan lengkuas yang telah dititik. Kemudian tumis bawang putih, bawang merah, halia dan udang kering yang telah dikisar hingga naik bau. Masukkan rampah kari kacau rata, kemudian masukkan tauchu dan keledek yang telah dikisar bersama dengan daging. (selalu tauchu dan keledek yang dikisar kita letakkan air untuk senang dikisar) jadi tak payah tambah air takut kuahnya tak pekat. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

Cara untuk menghidang
Hidangkan mee yang telah dicelur bersama taugeh. Tuangkan kuahnya dan kemudian hiaskan dengan tahu goreng, daun sup, bawang goreng, telur rebus, lada hijau, limau kasturi dan tak lupa juga taburan tepung udang kering.

 

Pernah tengok….

IMG_5444

Lemon gergasi tu??

Mesti tak penah kan? Aku pernah.

Yang kat atas tu la.

Lagi besar dari limau mandarin tuan tanah kedaung. Lagi besar dari keledek. Lagi besar dari oren. Ntah hormon apa la yang dia bagi. Aku rasa sikit je sebab nak confirm tu lemon ke bukan. Memang lemon. Tapi taktau la spesis apa. Apatah lagi nama saintifik dia aku nak tahu.

Aku bagi Saad minum jus lemon gedabak ni masa dia demam hari tu. Kalau hormon penggemukan dalam lemon tu boleh berpindah ke badan manusia, biar berpindah ke badan dia jer la. Aku taknak.

Lemon tu jiran kitaorang ni yang bagi..

Mentang-mentang la pokok lemon aku dah togel dikerjakan tuan tanah kedaung. Untuk membanteras penyakit kanser katanyer la. Mana batang yang berbonjol2 tu dia tebas.

Ni la jadinya..

IMG_3959

Dulu pokok lemon aku ni lebat sangat.

Sekali dah togel camni tetiba bagi lemon.

Yang berganda2 besar pulak tu.

Ala2 nak bagitau..

“Ko hader??”

 

Aku hantar sebakul kesum kangggg!!