RSS

Pergi tiada kembali..

السلام عليكم

Petang Jumaat lepas setelah selesai makan malam kira2 pukul 6 petang, aku ternampak satu missed call dan satu sms dekat skrin hp aku.
Rupanya datang dari kawan aku yang kini menetap di Brisbane.
Aku baca sms ..
Assalamualaikum Nana, Aku call ko tak jawap. kau dah tahu pasal Nini?
Hati aku terus jadi tak sedap, terus aku call. Tapi tak berjawap juga, terus aku balas sms dia..
W’salam Zila, kenapa dengan Nini? Dia dah bersalin?

Sekejap lepas tu hp berbunyi..
“Nanaaa…” Suara tersekat2
“Nini..Ninii dah takdee” diikuti dengan tangisan.
Ye, aku faham dengan ayat Nini dah takde.
“Ya Allah, Zila! Innalillah..” payah aku nak teruskan. Terhambur juga airmata aku ketika itu.

Zila dan Nini kawan serumah dan sama jurusan dengan aku masa kami menuntut di Uni dahulu. Kami seramai 6 orang tinggal serumah selama 3 tahun dari 1st year sampai tamat pengajian tapi telah pun mengenali antara satu sama lain masa matrik lagi. Dan kami berenam masih tetap baik sehingga sekarang.

Terlalu banyak kenangan aku dan kawan2 lain dengan arwah. Semuanya aku pasti sama macam aku masih dalam mood sedih. Kami terasa satu kehilangan yang besar dan aku pasti SAPURA juga telah kehilangan pekerja yang sangat dedikasi. Arwah sangat baik, sangat baik.. Sangat baik.
Aku tak mampu nak tulis segalanya tentang arwah. Terima kasih Ya Allah kerana pinjamkan kami seorang sahabat seperti Nini.

Dan ym terakhir dengan arwah, seminggu sebelum arwah cuti bersalin, tak silap aku penghujung october atau awal november.

ym-nini
Sempat arwah meminta maaf dengan aku….
Dan kali terakhir aku jumpa arwah, genap setahun yang lepas masa aku buat open house hari raya kat rumah adik aku kat shah alam. Dan dalam ym di atas kitaorang dah buat plan nak jumpa bila aku balik januari nanti.
Rupanya tak kesampaianSad smile.

Allah Maha Berkuasa, dan Dia sudah membuat perancangan yang sangat sempurna untuk arwah.
Arwah Nini menghembuskan nafasnya yang terakhir semasa melahirkan anaknya yang ke-tiga di pagi Jumaat yang mulia 11.11.11 setelah mengalami komplikasi.
Pergi meninggalkan suami dan 2 anak lelaki berumur 4 dan 2 tahun dan ahli keluarga yang lain. Anak perempuan yang telah dipilih namanya, Nurul Iman turut menjejaki ibunya.
Innalillahiwainnalillahiraji’un.
InshaAllah arwah dapat husnul khatimah.
Semoga kami juga berpeluang seperti kamu. Tenanglah kamu di sana Nini. Ya Allah kau cucurilah rahmat ke atas rohnya dan tempatkan dia di kalangan para syuhada dan solihin.
Dan semoga Allah memberi kekuatan kepada seluruh ahli keluarganya dalam menempuhi hari2 mendatang. Amin ya rabbal alamin.

Al-Fatihah untuk arwah.

Lagi entry mengenai arwah dari blog kawan sekolahnya Ayu, DI SINI.
Blog Adik Ipar arwah DI SINI
Dan dari Her dan Serene yang pernah bekerja dengan arwah DI SINI dan DI SINI

  Credit to panglima-api

Dan untuk kita semua…

Ata’ Ibn Raba’ said that there are three benefits of remembering death:
You would hasten to repentance: If you are always thinking about death, you are thinking about the akhirah and you would prepare for it and repent to Allah.
Content with a little: You would be satisfied with whatever Allah has given you, no matter how little. This is because you know this dunya is a temporary residence and so it is not of much concern to you.
You will not fight and compete with the people of this world over this world: And this would cause you to have tranquillity in the heart, because what makes people anxious is competing over material things, as this world is small and our desires are big. The Prophet (saw) said, “If the son of Adam had a valley of gold he would ask for another one and nothing would please him, except dirt (qabr) which terminates all his desires”

p/s: Mood blogging aku merudum semula.
  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

32 comments:

her said...

salam.. kak, saya silent reader blog akak.. tak sangka akak kenal kak rozi (or kak nini).

saya praktikal kat sapura tahun lepas, saya diletakkan satu team dgn arwah. sangat senang bekerja dgnnya. tak pernah lekang dgn senyuman, dan tak lokek dgn ilmu. banyak ilmu yg dipelajari sepanjang bekerja dgn nya. masa dapat tahu berita ni, luruh jantung saya kak..

tak sangka, rasa baru sgt berbual dgn nya, tiba2 dia pergi.. semoga rohnya dan nurul iman ditempatkan di kalangan para solihin... amin..

Cik Puan Nurul said...

meremang tengkuk aku baca sebab terkedu sangat..
takziah tuk pemili beliau kak..dan padamu jua atas kehilangan sahabat baik..
pulangnya arwah sebagai syuhada..semoga rohnya ditempatkan di kalangan org2 yg beriman...
anak n ibu pun sama2 'pergi' ke?sobss

sisdee said...

innalillah..dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..

Semoga Arwah tenang di sana..

kuatkan semngt ko sbb kita pun tak tau bila masa kita..

Al-Fatihah!!

zeta said...

Im speechless..xtau nk ckp ape..mungkinkah aku terserempak dgn dia masa jamuan tu dulu?

Al-Fatihah untuk arwah..
Kau sabar byk2 ye..Allah lebih menyayangi dia..

anymz said...

tak boleh nak berkata2.speechless..meremang2 tengkuk dan bulu roma bila baca entri ttm hari ni...takziah buat keluarga beliau dan al fatihah buat allahyarhamah nini dan nurul iman.................

knv said...

thanks for sharing. hidup ni, habis2 pun mati.

allahuakbar!

K.Nor said...

sama cam k.nim... terkedu bila baca n3 ni dan 2 lagi n3 tu... semoga Allah mengampunkan dosa2 arwah dah melimpahkan rahmat buat rohnya.. takziah buat keluarga arwah.. :(

cik cek said...

Al-Fatihah....
Salam Takziah tuk famili Nini...semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan org2 yang beriman....

OneSimpleMother said...

salam TTM.. arwah ni tinggal di denai alam shah alam ke? kalau betul la kan maknanya rumah kami satu lorong. tapi saya tak kenal dgn arwah cuma adala somebody post dalam fb denai alam mengatakan isteri en. hafiz dan babynya telah kembali ke rahmatullah sewaktu melahirkan. bila baca post TTM ni tergerak rasa hati. nama suaminya pun sama. mungkin betullah tu agaknya.. innalillah. insyaAllah syurga tempatnya..

Syue Mustafa said...

Semoga roh allahyarhamah & anak ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.

::Azura Rahman:: said...

Al-Fatihah..

sedih.. :(

Sally said...

TTM,
Mak mungkin tak kenal dia tapi apapun mak bacakan Al-fathihah buat arwah dan anak kecilnya..semoga rohnya dicucuri rahmat.

suhaila said...

Arwah is my officemate sister's.

Aidah said...

Al Fatihah buat arwah. Sangat istimewa sahabat Nana tu, pergi pada hari yang baik dan ketika melahirkan pulak. Bertuah dia mendapat rahmat sebesar itu dari Allah. Sabar ya, Nana. Sudah janji Allah pada kita semua. Tidak akan lewat walau sesaat bila ajal itu sudah ditentukan. Akak pun sedih kat rumah ni, tak sihat sikit dan kebetulan view dari bilik akak ni ialah dome biru bangunan Sapura. Tak sangka ada berita sedih dari Sapura pada jumaat lalu.

cik iman said...

name saye pun nurul iman..
takziah wat keluarga beliau..

Serene said...

Salam TTM,

I've been your silent reader for quite some time jugak. Bila tengok tajuk entry ni semalam, dah tergerak hati... Mmg betul you're talking about arwah Rozi rupanya.

I've been meaning to write about her too, tapi so far belum boleh lagi. Thinking about her pun, berjurai2 air mata. I hope you won't mind me putting a link to this entry when i finally write about her passing.

We did a majlis tahlil yesterday at the office for her. Semoga Allah sampaikan doa2 kita buat arwah dan anaknya. Amin.

uMMisYa said...

Innalillah..Al-Fatihah..Sedih sya baca..Syahid..

akuzle ayu said...

al-fatihah. kesedihan kita sama. tp, mengenangkan begitu sekali kemuliaan arwah dikurniakan ALLAH, hati rasa tenang semula. tqvm 4 the credit...

.:nhalilah:. said...

salam takziah utk keluarga arwah... moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman...

A~ said...

semoga rohnye dicucuri rahmat Ilahi. amin. take care k.nana.

kak ina kl said...

salam takziah dan alfatihah .

anna said...

Salam na, al Fatiha buat arwah nini dan anaknya Nurul Iman. semoga Allah menempatkan mereka bersama roh orang2 yg beriman. sedih sgt esp. bila tgk gambar arwah yg sentiasa senyum (walaupun akak tak kenal arwah)tp dpt rasakan arwah seorang yg disenangi oleh kenalan. takziah kpd keluarga arwah.

shah said...

Takziah

la dolce amira said...

al - fatihah...

kisahwanida said...

Takziah untuk family arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan org2 yang diredhai.... Amin.

Walaupun aku tak kenal beliau, tapi dari apa yg aku baca, aku tahu dia seorang yg terlalu istimewa.....

Kasih Kita said...

Takziah. Sungguh besar ganjaran yang Allah berikan padanya. Meninggal semasa melahirkan anak. Ya Allah, semoga Allah mencucuri rahmat baginya.

FifaMusz said...

Innalillah.. sedih bila baca post nie.. Al-Fathihah..

Mithun said...

informative posting. Thanks.

Recipe

makdara TERdiva said...

dari DIA kita datang,

kepada DIA kita kembali..

alfatihah

HappyIrfa said...

alfatihah..
org baik selalunya pegi awal

Min Aina Ila Aina said...

Walaupun dah agak lambat, masih nak ucapkan takziah buat sesiapa yang mengenali arwah. Rasa sayu sangat tengok anak-anak yang masih kecil di pusara ibu dan ditinggal ibu.

Nieza said...

Al-fatihah buat arwah dan salam takziah buat ahli keluarganya.