Terima kasih semua yang bagi komen kat entry sebelum ni. Sorry, aku tak dapat nak reply satu-satu. Tak sangka rupanya ada jugak reader blog ni yang kenal dengan arwah. Terima kasih lagi sekali. Kita sama-sama doakan semoga arwah tenang di sana.
Untuk aku warm-up mengarang entry seterusnya, aku nak war-warkan kat sini, aku bukak order lagi untuk sesiapa yang berminat untuk memiliki barang2 dapur dari Australia. Ramai dah yang e-mail aku tanya pasal ni.
InshaAllah, aku balik pertengahan january 2012, so aku angkut sekali la barang2 ni nanti.
Kali ni aku balik naik MAS, cuma dapat 100kg baggage allowance untuk kami 5 beranak tak macam balik naik emirates dulu(150kg utk 5 beranak).
Barang2 kitaorang biasanya dlm 30kg dan ada lebih dalam 70kg sahaja untuk ambik order..
Sooooooooooooo…
Sapa cepat dia dapat!!
* Flexible silicone bakeware
* Silicone will not peel, crack, distort or absorb flavours and odours
* Can withstand temperatures up to 220C.
* Suitable for use in microwaves, traditional ovens and freezers.
Untuk tampak bergaya di hari jadi anak anda atau pun sekadar minum petang di hari ahad bersama keluarga sebelah mertua.
Silicone castle mould adalah pilihan yang terbaik untuk para professional, semi-pro atau pun hanya pemegang takhta ratu pre-mix dalam bidang pembakingan juga mampu untuk mendapat pujian dari makcik cleaner di tadika anak anda.
So, jangan lepaskan peluang untuk menerima pujian itteww!
Silicone Castle Mould
22cm x 25cm x 12cm(H)
RM28
Bentuk love ini juga bukan setakat membuat muffin-muffin cinta sahaja, malah jeli-jeli cinta juga layak untuk merasa vogeh selepas keluar dari acuan ini.
Silicone Love Mould
27cm x 18cm
RM28
Inginkan anak anda menjadi ketua darjah atau setiausaha sulit rumah biru tahun hadapan?
Ini jawapannya..
Rasuah sahaja kek-kek yang terhasil dari acuan rerama, keretapi dan dinosour ini kepada pengundi2 di hari mengundi nanti.
Pasti berjaya!
silicone bug tray
21cm x 29cm
RM28
Silicone train tray
21cm x 29cm
RM28
Silicone dinosour tray
21cm x 29cm
RM28
Contoh kek menggunakan dinosour tray:
Pilihan tepat untuk ibu2 yang mempunyai 6 orang anak yang tak kuat makan atau
3 orang anak yang agak kuat makan atau
2 orang anak yang kuat makan atau
1 anak yang kejenya maaaakannnnn jerrr…
Silicone 6 hole muffin tray
Hole diameter 7cm height 4.5cm
RM28
Kalau dah jemu buat kek, boleh juga digunakan untuk merendam kain.
Silicone bakeware 22cm round pan (height 7cm)
RM28
Seorang penyair arab berkata bentuk 4 segi adalah membosankan.
Tapi jika kek berbentuk 4 segi dipotong2, sebijik kek berbentuk peta australia mungkin dapat dihasilkan.
silicone square cake pan
22cm x 22cm x 6cm(H)
RM28
silicone loaf pan
12.5cm x 23cm x 7cm(H)
RM28
Bagi yang mementingkan gaya dari skill…
Set of 6 silicone cup cake baking mould
6cm(D) x 3.5cm(H)
RM12
Untuk yang tak berjaya masuk rancangan masterchef, jangan bimbang. Anda masih lagi boleh bergaya seperti mereka memegang pisau yang pelbagai warna ini. Walaupun rupa anda adalah buruk kerana menangis semasa memotong bawang, jangan risau, pisau-pisau ini boleh menutupi keburukan wajah anda itu.
Ataupun kalau tak reti memasak, jadikan sahaja hiasan di dapur puluhan ribu anda itu. Pastikan jiran sebelah anda jeles!
Scanpan Spectrum 4Pc Knife Set
1 x Cook’s Knife 18cm(blade)
1 x Bread Knife 18cm(blade)
1 x Santoku Knife 12.5cm(blade)
1 x Utility Knife 9cm(blade)
RM120
Hahahahaha..keji tak stetmen2 iklan aku??
Cukup dulu untuk hari ni, InshaAllah ada barang lain lagi nanti aku tayang untuk cuci mata dan poket korang hehe.
Kalau ada bernafsu kat mana2 barang di atas atau sebarang pertanyaan sila jangan segan silu contact ahkak:
r_adliah[at]yahoo[dot]com[dot]sg
Untuk membuat pesanan:
1. Emailkan senarai barang yang ingin dimiliki.
2. E-mail akan dibalas dalam masa 24 jam. Check inbox dan spam box.
3. Bayaran boleh dibuat melalui CIMB atau Maybank. Detail akan diberi dalam e-mail.
4. E-mailkan payment slip.
5. Barang akan sampai InshaAllah 15 january 2012.
6. Boleh collect sendiri di Seksyen 22 Shah Alam selepas tarikh di atas.
7. Poslaju juga boleh tapi harga bergantung kepada berat dan zone.
PRE-ORDER IS CLOSED!







16 comments:
aku nak2..sat lg ai email ade lg persoalan yang bermain minda..banyak tanda tanya di biar saja hahahahah
Assalam Tim....waaah nak balik Raub kee nnt...senang2 jalan ke Ktn eh...boleh jumpa, insyaAllah...Waaah dah jadi agen SM eh... :))
aslmkum Tim.. akk juga berminat.. akk nk buat pesanan yer..
assalamualaikum...saya juga berminat..saya nak buat pesanan...camne ye
CPN,
silakannn:)
Kak Ummi,
W'salam. Memang selalu je kalau balik tu turun kuantan. Tapi dedulu cam segan nak jumpa kak Ummi hehe..Ni nanti inshaAllah, kita contact kak ummi bila smapai kuantan:)
dZana,
Ok kak..nanti e-mail:)
hatsumi,
waalaikumsalam:)
e-mail saya..ada dah letak e-mail kat bawah entry tu:)
iklan akak memang best part bg jeles kat jiran tuh hehe. Kene tanya menteri kewangan di rumah dulu. Kene bank in duit selewat-lewatnya bila?
wahh kencang nampaknya iklan2 ni, ada bakat jadi usahanita jaya.
eden tergoda dgn pisau2. nampak ganaz... silikon yg ada masih mengajah putih. tapi kalau tambah buat peneman gajah2 itu apa salahnya kan kan kan.... hehehhehe
Kasih kita,
Hahaha...kalau ada kenduri, bawak pisau kaler2 masa gotong royong kupas bawang.
Boleh bank-in dalam minggu ni kalau jadi nak order:)
umi,
Amin..ganas kan iklan??tenkiu:)
Me,
eden agak dah sebab tak nampak ekau tayang hasil2 silikon2 tersebut hahahaha
akak, u ni tak abis2 buat ai gelak tau!!! berair mata2.. ai ada silicon 4 segi tu boss hadiahkan, dia beli kat ostolia gak..saja nk bgtau ai ada silcon ostolia akakakaka!
Salam ..
apa khabar ... keh keh keh (soalan skema ) ...
assalamualaikum TTM,
masih terima order lagi ke?
salam Na, tak sempat nak order, dah tutup...sian kat hakak...
alamak.. terlambat la..
kalo ada lebih yg hak kupu2 tu, nak nak..
salam ukhwah.saya jijah dari Klia.terlepas ketapi..baru menjejakkan kaki kat umah cik puan yang dok tayang SM ni..taktau ade lg ke stocknye iteww..?berkenan sesangat ngan SM Castle tu..train jugak..kot2 ada.xdak xpa..jaz_jah@yahoo.com
salam ziarah..saya azie..hari ni dok melayar2 ke blog2, terdampar kat sni kejap..sangat berkenan dgn mould ni sume, msih available ke..
Post a Comment