RSS

Dan lagi…dan lagi..

السلام عليكم
Semalam tak sempat nak update busy menjawap e-mail kekdahnyer.
Yang tak tahan ada gak jiran sekampung mengorder walaupun aku blurr2 anak siapakah itu. Tapi takper, persoalannya apakah Puan Emelda Markojah menjalankan kempen membaca blog anaknya di serata kampung??
Haha.

Agak lama jugak aku tak meroti, motifnya aku beli 1 tub yis seberat 280g tapi yis rosak. 2-3  kali aku buat roti tapi bila BM dah siap uli hasilnya ala2 cekodok jua. Aku suspek BM buat hal macam ada chance la nak beli yg baru kan. Tapi cuba salahkan yis dulu sebab yis murah. Aku try rendam yis dlm air suam tak berbuih pun. Sah la tu yis rosak. Selamat duit Abg Saad kena beli BM baru.

IMG_2917
Roti pintal buah campuran

Resepi asal dari Rumah Kak Nor tapi aku tambah dried apricot, cranberries dan walnut. Roti pintal tabur gula dengan choc swirl bun guna resepi ni pernah aku buat kat SINI.

Sabtu lepas kawan sekolah aku datang melawat aku kat sini.
Macam biasa….
Bawak diorg gi Phillip Island.
Lagikkkkkkk???
Hahahaha.
Tapi takper, tetamu harus dilayani.
Walaupun cuaca adalah sgt tidak peramah hari tu hujan sepanjang hari, tapi sempat la jugak diorg bergambar kat tempat paling cantik kat Phillip Island tu.
IMG_3028
The Nobbies
IMG_3025
Calon nombor 4 utk Amjah(yg baju pink tu)
IMG_3033
Cengkonon Abang Saad dan Senah la.
Merasa jugak Senah nak putih.

IMG_3042
Nasib baik tak jumpa dia.


Satu lagi tempat yang sempat bawak diorg..
Chocolate Factory. Dah pernah aku blog pasal ni dulu.
Yang aku musykil tu kann..Chocolate ni brand dia nama Panny’s.
Camne sebutan Panny’s tu??
Agak malu2 jugak nak menyebutnya takut disalah ertikan.
IMG_2970
IMG_2973
Replika kasut ngan rumah dari chocolate ni aku rasa macam cool jer kalau buat hantaran kawin, kan?
Boleh la nanti propa, Ai dapat kasut christin liboutin ngan romah 5 juta sebagai hantaran kawin. Tapi ni cuma replika jer, kasut ngan rumah betul mana boleh tunjuk.
Kelas kau Jahh!!

Ahad nasib baik cuaca elok dapatlah bawak diorg gi cherry picking pulak.

IMG_3052
Rombongan kami.
Takleh la nak ckp rombongan cik kiah sebab lelaki lagi ramai.
Adnan ngan Akmal tak dpt ikut sebab kena gi madrasah. PIL tolong hantar ngan ambik diorg.
IMG_3068
Hai kakak-kakak!! Rindu saya tak???

IMG_3075
Ok, sila dekatkan muka anda sedekat-dekatnya di skrin masing-masing.
Apa yang korang nampak dan rasa?

Tak nampak dan rasa apa2?
Jangan putus asa.
Cuba sekali lagi!
IMG_3076
Korang tayang durian ngan rambutan kat blog memang sengaja  nak kasi aku guling2 macam org ketagih ganja kan??
Aku pun boleh!!

IMG_3114
Nampak aku tinggi ke atau pokok ceri memang renek2?
Panjat tangga sebenarnya.

Banyak giler aku makan buah ni. Bawak balik adalah setengah kilo jer. Belum keluar ladang lagi dah penuh pundi kencing aku. Nak membuang kat situ tak terlepas lah pulak. Diorg sediakan toilet bergerak jer. So aku simpan jer dulu sambil buat senaman kegel.

Pergi pulak Enchanted Maze kat Arthur’s Seat.
IMG_3146
Dari luar nampak cantik.


IMG_3153
Ewahhh..
Seiring dan dan sejalannnn
Seindah bunga di tamannnnnnnnn….


Kitaorang masuk dalam tak sampai 20 meter.
Nak masuk dalammmm lagi kena bayar.
Dewasa $25
Kirim salam jer la..
$25 aku boleh beli skirt selai!

IMG_3161
Sajer test skill. Macam boleh tahan gak!
Haha..sendiri puji laaa!

Sebelum..
DSC_0128





Selepas…
DSC_0129
Budak ni skang dah terer bercakap. Dia kan lambat sikit pandai cakap.
Tapi style bercakap macam upin dan ipin.
Sabo je laaa..


Segmen iklan pulak kihkihkih!
Sebab ada yang bertanyakan barang ni..

Set insulated lunch box bagi ibu2 yang mementingkan prestasi dan gaya anak2 mereka  ketika di sekolah.
IMG_3231
Apa kata sediakan bekal sendiri untuk anak2 anda sebagai tanda ibu yang penyayang. Hadiahkan mereka dengan insulated lunch box yang sangat coooomel ini walaupun mereka dapat nombor yang so-so je dalam kelas. Manalah tahu lepas ni dengan memakan makanan dari rumah boleh menjana badan yang sihat dan otak yang cergas!
Pastikan juga Mak Cik Gayah kantin menjuih bibirnya kerana sudah hilang satu customer.

Set turqoise rerama mengandungi:
1 insulated lunch box
1 drink bottle (BPA free) 






IMG_3233
Set Merah( 25cm x 15cm x 10cm(H)) mengandungi:
1 insulated lunch box
550ml Drink bottle(BPA free)
1 snack box (BPA free)
150ml ice brick( BPA free)
1 pencil case


 Set Purple (20cm x 27cm x 9cm(H))
1 insulated lunch box
1 drink bottle (BPA free)


PRE-ORDER IS CLOSED!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

18 comments:

cik cek said...

kak cek nak buah cherries....bestnya...selalu kalau nak makan p cari kat JJ...harganya...fuyoooo...paham2 jela....

umi said...

amboi..jalan2 cari buah tu, siksa batin melihatkan buah ceri merah menyala cam tu. takpe, nanti kita tayang buah durian byk2 lagi hohoho...

Cik Puan Nurul said...

wau cery-berry aku dibuatnya menengok buah itu..bak mai sepelestik xpenah rasa yg fresh gini manis kah rasanya..
lunch box menarik tp ank aku dok sekolah lg..
beb lagi apa lg produk jualan anda..?

.:nhalilah:. said...

Waahhh... cherry.. alamak kak... terluir suda... bak mai barang sekilo.. teringat pulak kek orange cherry ko kak...

hai amjah... lama x nampak kamu.. tu dia.. terbongkang tido.. kalo bom meletop harus tak sedar ni...

mak farhah said...

lunch box tu for sale ke? available lg?

Sally said...

nyahhh..mak order lunch box yg merah tu boleh?..maklumla ..mak kan ibu yg penyayang yg kononya nak sediakan lunch box utk anak dara mak nan sorang tu..kalo cantik sgtkan mak sendiri rembat..hehh.

p/s: serius buyer..hehhe

chekpid said...

miss 2 read ur post. sgt kelakar guling2 sampai geli kepala lutut. welcome back

Chik Att said...

wehhhh beg bekal ...ada pansil box.... makan bekal sambil menulis kaa..

tapi .... Senahhh aku memang guling tengok cherry tu ..... Kat sini mahalll ooooo .... aku beli dalam 10 bijik dah belas hinggitttt ....
Tu masa mengandung Ashraff dulu .... org layan laa.....

Kalau sekarang aku minta .... mau penampar jepun dapat hahahhahaha

JaSSNaNi said...

assalamualaikum TTM..
nani datang sini jenjalan nak makan buah ceri.. hehe..
sonoknya tengok amjah ye.. dah bertambah besar dia skrg.. :) alhamdullillah dah petah bercakap, seronok bila bayangkan dia bercakap cam Upin Ipin.. cute je..

Dalila Hamid said...

ish buah ceri tu........ kita baru ja mkan rambutan dengan durian........haa..haa

Irfa said...

ceri nampak sedap sgt :-)
mana rega luch box tu?

Kasih Kita said...

Ala kak.. saya nk order yg merah boleh ke? brapa rm? nnt sy bank in duit..
oh.. kelas akak, sempat buaT senaman kegel tuh

~K Ham~ said...

as salam adikku sayang..manja...intan payung...busyuk masham...anje2..ala2 timang2....

nti dah spi sunway pyramid bagi tau akak ya....ada sesuatu akak nak bagi kat adik sayang ni...

ym akak ada problem...boleh contact akak kat jhamsiah@gmail.com...

Kasih Kita said...

Sorry akak, sy tak terima lagi emel akak. Akak ada facebook tak? no akaun fb saya rodziana85@gmail.com. Harap2 boleh order lg ek :)

kayrul-shah said...

tergoda betul tengok ceri tue..close-up lagi dekat skrin laptop, dah rasa macam ceri tue dalam mulut jer...hehehehe

annadinara said...

Salam kenal,
Dah beberapa hari ini baca blog TTM, walaupun ga seberapa ngerti karna beda sedikit di bahasa tapi tetep suka bacanya...
Semoga TTM sekeluarga sehat selalu, yaa...Amjah senyumnya makin bikin melting^.^

Nota Cikgu Anum said...

uwaaa... dh lame mgidam lunch box tu. bukak la balik oder

Yaati Nor said...

saya penah makan cerri oberc nie..skrg tgh mengidam.nasib hujung bulan nie en asben nak gi germany..