Motif sangat la tetiba dapat hadiah kann??
Birthday dah lepas..
Anniversary pun dah lamaaa lepassss..
Christmas?
Tak sambut pun…
Thaipusam?
Bulan 2 kot. <—Motif aku tau thaipusam bulan 2??
Actually, hari tu aku ajak Abg Saad ikut aku jadi tukang angkat barang gi kedai beli pisau2 yang korang order tu la. Sampai 2 kedai aku borong pisau2 kalerful tu, ganas tul korang ni mengorder ye.
Satu kedai tu pakai TV untuk promote barang2 dia.
Abg Saad terpandanglah iklan buat chips 3 minit.
TERUS TERUJA!!!
Dan dan terus tanya cashier lalu TERUS BELIkan untuk aku..
katanyerr!
Aku tak teruja pun tengok iklan tu sebab aku bukan minat sangat makan benda2 tak mengenyangkan ni.
Buat penat mengunyah jer.
So, rasanya Abang Saad beli untuk siapa sebenarnya?? Haha
Healthy katanyer sebab tak goreng. Masak guna microwave.
Lalu aku balik rumah pun menerai la….
Mula2..
Potong la kentang tu guna pemotong dia ni. Selamat la jugak kalau ada pemegang kentang tu so takde la takut2 terpotong jari bila kentang dah sampai hujung2 tu kan.
Pastu susun la atas silicone Topchips(nama dia).
Aku susun camni je la. Takde gigih nak susun buat corak bunga airmata pengantin ke keretapi ke hapa.
Dalam buku tu kata boleh buat kerepek apple la, carrot la, keledek laa, keladi..ahhh macam2 la
Aku try jugak guna apple tapi tak jadi, hangus dan lembik. Satu penipuan telah dikesan. Tu pasal la diorg tak berani bagitau boleh buat kerepek durian.
Nanti lagi banyak penipuan bakal dikesan.
Lalu aku simpulkan, lelaki juga mudah tertipu dengan iklan2.
Wakakakaka!
Konon selalu ngata aku mudah kena tipu ngan iklan.
Mengata sangat lagi..
kannn sendiri 2x5.
Masuk dalam microwave guna setting 1000watt.
Kasi la dia masak dalam tu 3 minit.
Bila keluar…..
Memang menjadi, crispy macam yang goreng punya.
Tapi pada aku macam kurang sesuatu jer yakni pada bahagian rasa.
Ye laaaa..mana boleh lawan yang kat jual punya kan. Kalau aku jual healthy potato chips ni sah2 takde sapa nak beli agaknya.
Boleh jer nak letak flavour apa, sweet paprika ke, serbuk cili ke, serbuk kari ke, suka hati la.
Tapiiiiiiiiiiii yang aku paling tak sukaa…
Sekali masak 14 ketul jer,
aku nak start round ke 2, yang 1st round dah licin!
Sampai bila nak penuh balang??
Habis kisah hadiah untuk diri sendiri tu, tukar bab lain plak hehehe.
Aku update pasal barang2 yang korang order tu yer..
Barang semua dah aku beli, dah selamat dalam kotak pun get ready nak naik kapal terbang bulan depan.
Aku pun tak sangka sambutan menggalakkan. Tak sampai seminggu aku dah kena tutup order untuk silikon, pisau ngan lunchboxes tu. Ganas tul.
Thanks la korang sudi nak membeli belah ngan aku, hehe.
Yang tak sempat tu, aku minta maaf bebanyak la sebab luggage dah penuh. InshaAllah balik lain kali aku bukak order lagi.
Dan, aku ada satu lagi baking pan dalam stock.
Nak perabiskan stock la ni hehe.
Baker’s secret 2 in 1 springform bundt pan(22.86cm x 6.5cm)
The 2 in 1 Springform Bundt Pan comes with a Bundt mould loose base, to help create decorative Bundt cakes and a regular loose base for your cheesecakes, mud cakes and the list goes on. Both bases ensure easy removal and minimal mess(Booked)
RM85
Siapa berminat sila e-mail r_adliah[at]yahoo[dot]com[do]sg







11 comments:
lol dah tutup order ke aloh aku baru nak menambah silicone bakeware lg xpelah nnt urusan yg lain tu aku bicara di emel yup.
wah menarik gak hadiah tu. menambah koleksi di dapur. hihi..
*agak2 susun rapat2 kentang tu aci x? :D
penat juga tu..x sempat penuh balang asik hilang je :-)
hehe..sgt menarik tuh,tp klau skali buat dah abih,haisshh mmg mncabar nak penuhkan sebalang ek.
Uih.... tak sabar rasanya nak menunggu pinggan pojaan ku.... Lepasnicukuplah sedozen.... kahkahkah...
Bestnya dapat adiah...:)
ni tak sempat second round siap.. 1st round punye dah abis... hahahha.. harus ko sorok dulu kak...
kak saya berminat pulak dengan barang yg abg akak beli tuh utk buat chips...camna nak beli dgn akak
assalamualaikum TTM..
wahh lepas ni tak payah beli kopok mr potato lagi lah, sbb dah pandai wat sendiri kan.. eheheh.. :)
order bukak lagi tak?
nyah!!..mak punya order lunch box tu ada dlm list gak tak?..nnt kempunan lak anak dara mak nak berbekal tahun depan!..
sukanya tpochips tu.
Post a Comment