Pages

Wednesday, May 30, 2012

DIY: Jeans-to-skirt tutorial

السلام عليكم

Masa aku makeover jeans ni, aku siap2 dah buat tutorial.
Manalah tau ada yang nak nanti. Senang takyah buat 2 kali keje kann..

Aku harap senanglah nak faham tutorial ni.
Kemain komen2 tutorial skirt hari tu, sorang jer yang mengaku faham.
Haa…sekali aku bagi entry berilmiah cenggitu, semua pakat pitam.

Ok, mari kita teruskan.
Siap sedia semuaaa..
Mula-mula sediakan bahan-bahan untuk operasi ini.
IMG_4787
1. Sehelai jeans yang habis manis sepah dibuang.
Kalau tiada jeans sebegini, boleh dapatkan secara percuma di ampaian jiran anda dengan bertanya2 kepada adik beradik, kulaan(ecehh, vocab baru ahkak) dan sahabat taulan. Pastikan masih muat dipakai di bahagian pinggang.

2. Fabric untuk menampal di bahagian tengah jeans.
Boleh guna apa2 jenis gabric mengikut citarasa anda. Dalam tutorial ini aku beli 1/2 meter denim fabric $7.50.

3. Gunting
4. Seam ripper
5. Pembaris lurus
6. Penanda(pensil, pen, kapur berwarna)
7. Benang
8. Mesin jahit/overlocker( Kalau takde, jahit tangan pun boleh)

Langkah 1.
IMG_4801
Guna seam ripper untuk buka jahitan hujung kaki.
Kemudian gosok bagi rata.

Langkah 2.
IMG_4802
Buang jahitan tepi di sebelah sisi dalam jeans.

Langkah 3.
IMG_4803
Buka jahitan dengan gunakan seam ripper.

Langkah 4.
IMG_4804
Buang crotch line. Ada tutorial yang tak buang crotch line ni. Boleh search kat google/youtube ‘jeans-to-skirt’. Tanda dengan pembaris dan penanda bahagian nak dibuang.

Rupa setelah dibuang crotch line.
IMG_4805


Langkah 5
IMG_4807
Gigihlah tarik benang selai2 untuk dapat effect rambu ramba camni.
Pastu trim la benang tu cantik2 atau mengikut citarasa. Nak panjang ke, nak pendek ker.(mula2 aku type benang tu is bulu, pas baca balik cam semacam jer, tukar le ke benang utk lebih sopan)

Langkah 6.
IMG_4808
Ambik fabric utk tampal di bahagian tengah jeans dan letak di bahagian dalam.
Pinkan tempat untuk dijahit nanti dan tanda bahagian bawah bagi sama dengan hujung jeans. Buat melengkung sikit. kemudian potong.


Langkah 7.
IMG_4809
Terbalikkan dan tanda 1.5cm dari pin dan buat garisan lurus.

Langkah 8.
IMG_4810
Potong mengikut garisan yang ditanda tadi.

IMG_4811
Teknik yang sama untuk bahagian belakang.

Langkah 9.
IMG_4814
Kasi preview dulu untuk diri sendiri.
Asal aku nak tulis ‘abaikan tetttt..tettt’ tapi pastu tak jadi.
Pasalnya aku tau, kalau suruh abaikan apa2, mende yang suruh abai tu la gigih nak belek kann??
Macam aku taktau…pasal aku camtu.
Bila baca…
“Abaikan belakang yang berselarak tu yer”
“Abaikan perutku yang buncit tu, baru lepas makan burger 6 ketul”
‘Abaikan muka aku yg selebet pasal baru bangun tido”
“Abaikan ketiakku karat sedikit tu”
Dah tayang2 pastu sibuk suruh orang abaikan apakehalkann??
Dari aku tak perasan, terus gigih nak belek.

Aku tulis camni lagi la korang gigih buat research tang mana aku suruh abaikan tu kann?? Haha..2x5 cam kat atas tu jugak padahalnya!

Eh..melalut!

Langkah 10.
IMG_4817
Tandakan sekeliling kain tambahan atas jeans sebab lepas ni nak keluarkan kain tu.

Langkah 11.
IMG_4820
Aku potong skinny jeans lama untuk buat stripes tu. Terus skinny jeans tu jadi hot pants..Auww!!
Dari insaf takmo pakai skinny jeans dah….teruss makin hazab keinsafannya iteww.
Aku potong 3cm lebar kemudian tarik benang tepi utk effect camtu.
Pinkan kemudian jahit tengah stripes.

Actually bahagian tengah ni boleh jer buat macam-macam gaya. Ikut creativity masing2.
Taruk lace pun aku rasa cantik gak kalau kena warna.
Kalau fanatik M. Daud Kilau sila la taruk labuci bling2 secara berlebihan yer.

Langkah 12.
IMG_4821
Jahit tepi. Tak buat pun takper kalau kain jenis benang tak serabai kesan gunting.
Overlocker aku buat hal. Ketat semacam. Maklumlah dah setahun tak guna. Nak kena gi hantar servis pasni.

Langkah 13.
IMG_4822
Pin balik kain bahagian depan dan start jahit dari bahagian luar.
Aku start dari V terbalik bahagian atas.
Buat kedua-dua belah.
Hati2 jangan sampai terjahit jeans bahagian belakang.

Ni jahit tangan pun boleh, sebab jahit lurus jer pun.
Kalau tak lurus pun dun worry..
Kalau ada makcik2 yang tegur..
“Eiii tangan pengkor..jahit bengkang bengkok”
Jawap jer..
“Ni style la makcik..Orang skang banyak buat style camni la, tengok jer raya nanti”
Tambah perencah sikit..buat muka kerek.

IMG_4828
Aku guna benang warna asal  jahitan jeans.
Untuk stripes, benang biru.

Langkah 14.
IMG_4831
Pinkan kain tampalan bahagian belakang pula.
Untuk jahit bahagian belakang, terbalikkan skirt dahulu kemudian baru jahit.

Langkah 15.
IMG_4840
Jahit hujung skirt.

Langkah 16.
IMG_4888
Apa lagi…pakai la! Haha.
Aku suka kalau labuh sikit lagi, tapi dah jeans tu panjang tu jer.

Ni Abang Saad yang ambik gambar ni, kebetulan aku balik ambik Amjah kat kinder dia balik  utk lunch.
Hazab tau mulut dia aku mintak tolong. Snap 2 kali jer tapi mulut boleh buat karangan 14 mukasurat.
Dalam 4-5 keping dia snap, ni jer la yang semenggah sikit nak tayang.
Ada rasa cam nakkk jer suruh dia yang pakai skirt ni, aku yang ambik gambar!

27 comments:

Sally said...

tabik spring 44kali la kat hang..gigih betul..dah le tu menjadi je apa yang hang buat...

psst: sila tersipu2 dgn pujian aku ok..hhha:p

june said...

skirt cantik buat ambik anak kat kinder je? erk stress.. cantik+kreatif! sy pon suka skirt denim tp xmampu la nak jahit sendiri

NenetPenne (NP) said...

tumpang lalu jer...pitam jap...

TopsyTurvyMum said...

Sally,
Nyahh..jangan cenggitu..
Apa mak tau, mak share jugak kat sini.
Eh jap..nak jahit suar, terkoyak sikit tadi masa baca komen hang haha.

June,
Haha..Uishhh..Kalau nak tau Mak2 yang hantar/ambik anak kat kinder pun boleh tahan melarammm.

Net,
Haha..sila..sila:)

LAVENDER said...

TTM,

ada tak tutorial nak buat jeans dari denim skirt?

I ada denim skirt..tapi tak pakai sangat

))

Me said...

lega dgn pembaris ekau yg 15cm tuh and berdebar ye pakai skirt dgn jarum yg masih bercerucuk kat situ hehehehe... lawa la... muffler ekau pun lawa... (tetiba)TAPIIIIIII.... sila gemok dari eden hahahhahaha

Me said...

lega dgn pembaris ekau yg 15cm tuh and berdebar ye pakai skirt dgn jarum yg masih bercerucuk kat situ hehehehe... lawa la... muffler ekau pun lawa... (tetiba)TAPIIIIIII.... sila gemok dari eden hahahhahaha

Cik Puan Nurul said...

huhu aku byk gile suor jeans yg tak pkai..terutama yg laki aku punya..sayang woo nk buang levis kot belaka tu pun ade dia bg kat adik ipar dia..konon nk wat projek kraft tp terbuat2 gak aku ni..silap aribulan dah kurus leh pakai balik lalalalala..tp wat skirt cenggini pun best kan dr jeans yg ketat kepada skirt yg longgar kan ke lebih muslimah gituhhh

MsAjai said...

Aku blurrr...nko tolong jahit ke aku jer la..MR dia x mo jahit skirt dewasa...:(

liemaopurut a.k.a ana said...

akakkkkk....i lap u lar ;p hiihii. suka sangat ngan tutorial jeans ni. mudah sket nak dipahami berbanding ngan skirt aritu.. tak paham pun. complicated gilersss. sampai pitam nak duk paham satu2 harharhar.. nanti leh buat...tenkiuuuuu ;p

rara said...

u are sooo talented! and kreatif! hehe

Aidah said...

Aduh! Mintak ampun buk. Sekali lagik tak paham. Dah nampak tajuk tutorial, masih lagi nak bertandang kan. Nak buat camana, akak kan suka menyibuk. Huahuahua.

Asmara said...

Yg ni pun nak pitam jugak. Hihi.. Respek giler lah. Cantik dan kemas! Tingin nak pandai jahit. :)

AGAS said...

peach cobler tu dah buat, tapi manisnya Allah saja yang tahu. Taubat nasuha sebab takut sel kanser naik menjadi-jadi.

Tutorial skirt tu terima kasih. Tapi I berkenan pulak kat buku patent you tu. Boleh belikan tak. Tapi belum baca habis website tu.

Buat masa ni seluar jeans semuanya longgar tak ada pulak yang ketat. Kena minta sedekah kut seluar jean gamak..hehehe (biar la orang kata I buang tebiat) hihihi

Chik Att said...

kali aku fahammm .....

Bimbo said...

kakk!! ko mmg kreatif dan inovatif la kakk..hebat2..terbaekkk boboiboy! hahaha cantek betol..dah la kurus..tabek spring!

Sari said...

Na,
sangat kagum ngan ko..!!!
masak..jahit..sumer bulehhh..
aku tau makan ajer...huhuhu...:(

Rinn said...

as salam TTM,
akak suka buku tu. kalau nk beli boleh ker... boleh tlg tak..tq

Kamalia said...

ahkak..cantiknya..kretip..sungguh terel okey..
tq ..tq..tq..
berharap MR boleh tiupkan roh menjahit dia kat saya pulak..hekhek

betty said...

sgt kreatif n cantik, OK!!!
so impressive..
such a imformaif blog..
I'm following you dear..

NADYA ANWAR said...

perghhh dasat ko timah yer.. bile nak balik mesia wehh??

Patricia Low said...

great post ! came across this blog and find that you are really creative !!

TopsyTurvyMum said...

Lavender,
Yang tu belum pernah cari lagi.
Rasa macam leceh sikit unless kalau dah siap siap zip depan.

Me,
Hahaha..apa yg ekau gerun sgt ngan ruler eden tu??
Alaaa..ekau bila2 jer boleh celen eden, tak jauh pun dahhh..

CPN,
Aku pun yg levi's walaupun hazab dah nak masuk still sayang la nak operate gini. Manatau nanti slim balik hehehe..

MA,
Alaa..ko rasuah jer MR tu ngan piyuk vision ke mesti dia nakk..

limeopurut,
No problem..nanti try la.
Tu la yg ni senang jer sebab tampal depan jerr:)

Rara,
Hi Rara..lama tak nampak:) Thanks dear.

TopsyTurvyMum said...

Kak Aidah,
Takper, saya saya memang suka org suka menyibuk kat sini :D
Jgn segan nak menyibuk lagi tawww!

Asmara,
Haha...takper la..abaikan jer la, nikmati jer hasilnyer:)

AGAS,
Memang agak manis kalau ikut sukatan betul. Kalau nak buat lagi, kurangkan gula. Memang dessert diorang ni kadang manis melengit.
Buku tu beli kat Kinokuniya kat KLCC. Retail price RM295.

CA,
Apa lagii?? Takmo try??:D

Bimbo,
Bimmmmmmmm..miss u so muchhh!! Lama tak nampak:) Thankss..Muahhhh!!
Bim mesti dah kurus skang kan? Lama tak nampak. Akak dah tutup fb.

TopsyTurvyMum said...

Sari,
Alaaa..ko pandai carik duit. Aku ngabihkan duit jer reti:D

Rinn,
Waalaikumussalam.. Buku tu beli kat kinokuniya KLCC. Retail price RM294. Harga 5 tahun lepas.

Kamalia,
MR kuat hembus gak tu...Dia hembus dah sampai Melben, mesti pasni sampai Japan plak:)

Betty,
Welcome dear. Thanks for following me. Mana tahu boleh bagi inspirasi:)

Nad,
Hahaha..belum tau la nad. Nanti nak balik aku inform:)

Patricia,
Welcome to my blog Patricia:)
Thank you.

NorMala @ KakakSatu said...

terbaik.. jeles i.. sakit hati.. sbb x reti nak buat..hahaha..

hijabsufi said...

hebat akak...