Aku taktau nak bagi nama apa kat skirt ni.
Skirt simpang siur?
Sebab ramai yg nak labuhkan skirt ni, maka aku labuhkanlah sampai ke tumit utk mudahkan yang berminat nak cuba buat sendiri.
Tutorial ni untuk yang dah tau buat basic skirt.
(Yang tak pernah buat, kalau nak cuba gak, sila google camne nak buat basic block untuk skirt dulu.)
1. Buat basic block for skirt.
Masukkan 3 cm di bawah. Buat garisan baru dari 20cm dari garisan punggung.(Lupa nak edit gambar yg ni)
2. Bahagian kanan depan skirt.
Buat garisan melengkung dari dart hingga ke bawah macam dalam gambar. Guna ruler yg ada melengkung. Aku guna french ruler. Naikkan 2cm di hujung dan sambung dengan garisan bawah skirt.
3. Bahagian kiri atas.
Buat satu point 10cm dari lutut dan buat garisan 45 darjah hingga bertemu dengan garisan ‘bahagian kanan skirt’.
Untuk godet , buat garisan sedikit melengkung bermula dari lutut hingga ke bawah.
Contoh: Panjang garisan = 40cm
Untuk godet:
B-C =38cm (Boleh ikut suka nak besar mana)
A-B dan AC =40cm.
Naikkan 2 cm di point B dan C dan buat lengkung.
Untuk bahagian kiri-bawah ialah a,b,d,c.
a-b = a-e.
Sebelum acara memotong pattern, trace bahagian no 4 di atas kertas lain dahulu.
(Aku trace siap buat seam allowance 1.5cm)
Yang line warna coklat tu utk dart dan line utk bahagian belakang skirt.
Jangan lupa extend 2cm utk waistline sebab dart depan 2cm sahaja.
Untuk facing(Lapik pinggang), kalau buat la. Kalau tak buat boleh je guna waistband yang biasa.
Kalau rajin, boleh buat pattern utk bahagian belakang, kalau malas cam aku, untuk bahagian belakang nanti trace je line tu. Jangan lupa buat seam allowance 1.5cm utk semua bahagian skirt kecuali waistline 1cm sahaja.
Ni rupa kepingan-kepingan skirt.
Untuk jahit..
1. Cantumkan 1 dan 2.
2. Cantumkan 3 dan 4.
3. Cantumkan 1 dan (3,4).
4. Cantumkan pinggang dan facing.
5. Pasang zip.
Untuk potong atas kain, kedudukan adalah macam dalam gambar ni.
No 1,2,3 ikut urat kain(Straight Grain).
No 4 menyerong (on bias)
Potong 2 keping untuk setiap keping pattern.
Facing(Lapik pinggang) pun 2 keping untuk depan dan belakang skirt.
Ok, sekian.
Kalau ada yang tak faham sila la bertanya.
Banyak aku ikut petua-petua dalam kitab ni.
Buku tak menahannn…tebal 800 m/s! Feeling2 fashion designer!
Bukaknya setahun sekali.
Beli lama dulu dah masa tengah belajar.
Kepada yang musykil lantas bertanya camner la minah yang kuat merepek ni reti menjahit baju segala..
Ok, aku jawap...
Sejarahnyaa…
Dulu aku start belajar menjahit masa kat Singapore. Isi masa lapang.
Pindah sini sambung belajar buat pattern kat SINI
13 comments:
Memang pening bagi yang takda basic menjahit macam saya ni. Tapi tengok Kak TTM pandai buat skirt semua..terus rasa nak masuk kelas menjahit pula.. =)
oh my gucci..entry apa kah ini??? pening daku melihat lukisan2 jahitan ni... ha ha ha..
tapi wahhhh kepala keretapi amjah nak gak menyelit jadi props kat situ....
Gigih..kagum akak. Tapi tak pelah nana, akak balik dululah. Tak reti walaupun baca doploh kali. Masa kat skolah dulu buat apron pun garuk kapla. Kalau buat skirt, habis satu badan di garuk. Huahuahua.
selalu baca n3 dibah melben nih eden ngekek gelak sensorang.. tapi kali nie eden STRESSSSSSSSS TAK FAHAMMMM.... kena stay up mlm nie utk study dgn gigih (konon laaa)
aduh kena melukis ni yg lemah..lukis patung2 comel tu aku bleh blak tiba kena lukis skirt memang fail la hahahha aku benci pembaris lengkang lengkuk tu kan hahahah tapi aku kena suka gak sebab aku pun nk terai wat skirt utk diri sendiri sambil menayang kat semua org kg
pening...nak muntah..hampir2 nak pitam tgk ko wat tutorial kak...tapi sekalung tahniah dari seluruh penduduk kampung...x sabar nak wat skirt ni nak pakai raya..:))
tak pahammmmmm ...
Sonang baitu.
ok...satu apa pun aku tak paham...:P
ok.. noted.. nama skirt ni, skirt simpang siur mak temah... heheheh..
Gigih betul mak temah ni wat toturial tuk kawan2 ye.. terima kasih.. sangat2 faham simpang siur dan trafix light bagai tu.. terima kasih lagi.. toceee toceee.. kamsiaaa..
Gila gojes skirt nih. wallaaawei..i like okay :)
Carmello,
Haha..segala bagi entry berilmiah cenggitu terus pening ko yerr..
Haa..elok ler tu nak belajar menjahit, jimat kos hantar baju ke tailor:)
Net,
Haha..ni lagi sorang.
Memang kalau takde basic terus blank.
Ha'ah senang nak letak atas kertas yg senang nak bergulung2 tu. Ada pekdah juga toys dia tuu.
Kak Aidah,
Hihii..nanti datang lagi ye kakkk:D
Me,
Tu la ekau..dah sebati ngan entry tak berilmiah eden tuu..terus stress baca entry berilmiah eden ni:D
CPN,
Ok, haku support!
nanti tayang ke haku dulu laaa..:)
Budak Itam,
Eh..ko kata tak pening nak muntah pastu nak buat pulak. Nak hantar tailor kahh?? hihihi
CA,
Abaikan sajaaaacekguuu:D
JAGUNG,
Ye la sangatttt!!
MA,
Ko pun sila abaikan tutorial ni:D
Beli jahh kat jusco.
Jasnani,
Nanti ko try ye nani pastu jgn lupa tayang ke aku:)
Linda haslinda.
Thanks:)
Sila la try buat. Good luck:)
Post a Comment