السلام عليكم
Haha…ramai kuciwa takde citer Pakcik Mail dalam entry lepas.
Aku ni bab mengarang sah dah ke laut..
Bagi tajuk lagi laaa..
Patut kat sekolah2 cikgu buat karangan pastu suruh murid2 reka tajuk.
Kalau ada dulu silibus ni mesti tajuk2 entry aku kebaboommm!
Ni ari aku bubuh tajuk yang ada kaitan.
Lately, aku selalu jer dapat e-mail ngan pertanyaan kat ym tentang diet.
Haiiyyaaaa!
Mau jawap pun banyak segan wooo..
Tapi takpaaa…mana aku tau aku usaha bagi jawap berdasarkan pengalaman.
Tapi jangan tanya, makan chips boleh? kacang goreng boleh? Makan kambing sekor boleh?
Kalau tanya depan2 memang aku seligi tak kasi chance!
Kalau bersungguh nak berdiet, sila la buat betul-betul ye, jangan hot hot chicken shit ajer. Pagi makan oats, malam bedal nasi lemak. Exercise paling penting. Kalau takat tahan makan jer, mula2 jer turun. Nanti sampai satu tahap, takmo turun dah. Aku dah kena.
Abang Saad start berdiet semalam. Kata dia untuk meringankan badan menjelang Ramadhan. Wahhh…terkejut gak aku tengok semangat dia tu.
Semalam satu hari dia makan multigrain bread jer. Pagi ngan sandwich tuna, lunch sandwich putih telur, dinner dengan cicah ngan sup ikan salmon.
Pagi tadi, aku buat cekodok siap dia men cissss kan aku .
Sebab dia makan sandwich telur dengan rumput sebeban wakakaka.
Tapi ok la, senang keje aku masak yang senang2 jer. Dapur pun tak berkecah sangat.
Dan satu perjanjian termeterai…
Aku takleh buat kuih2/dessert yang dia suka.
So..
Semalam aku buatlah kaswi..
Dia bukan suka sangat kuih ada salut2 kelapa ni.
Ni 1st time aku buat kaswi dalam sejarah hidup aku ni haha.
Kisahnya, Sabtu lepas kitaorang gi food festival kat Malaysian Hall.
Event start kul 10 sampai 4 petang tapi kitaorang sampai kul 2 lebih.
Banyak dah food yang habis, lagipun stall bukan banyak pun. Tak sampai 10 pun.
Sempat beli kaswi ngan keropok lekor jer. Pastu gi cari makan tempat lain.
Adnan ingat kaswi tu dodol, FIL pulak ingat lamington. Memang ada rupa lamington jugak kalau tak tengok dekat2.
Pastu budak2 ni suka lah pulak ngan kuih kaswi ni.
Suruh la aku buat.
Aku carilah resepi yang ramai orang dah buat. Jumpa kat rumah Ika yang tenggelam timbul tu hehehe.
KUIH KASWI CITARASAWAN
Resepi Asal : KAK WAN
Sumber : IKA
Bahan A
- 1 1/2 cawan gula merah
- 1/2 cawan gula pasir
- 1 cawan air
- 2 helai daun pandan, disimpul
- (jadikan 2 cawan air gula)
Bahan B
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung ubi
- 3 cawan air
- 2 sudu besar air kapur
Bahan C
- Kelapa parut dicampur sedikit garam
Loyang 9" atau acuan lompang
Cara-cara :
1. Satukan bahan A, masak di atas api sederhana hingga larut. Sejukkan.
2. Sebatikan bahan B, kacau rata dengan whisk.
3. Satukan bahan B dan bahan A, kacau rata dan tapis. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di sapukan dgn sedikit minyak. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 1/2 jam. Biarkan sejuk baru dipotong dan di hidang bersama kelapa parut.
Ada komen dari Wan yang tanya pasal mesin jahit aku ngan segala mak nenek.
Baru la aku sempat nak ambik gambar workstation aku ni.
Mesin jahit brand PFAFF. Line: SELECT 1540.
Aku rasa SELECT 1540 dah discontinue, sebab aku beli 10 tahun lepas kat Singapore. Ada nampak kat website SELECT 3.0 ngan 4.0. Ada banyak line lagi brand ni bergantung penggunaannya. Boleh check kat www.pfaff.com
Aku beli yang biasa2 jahh..Sesuai la ngan aku yg pemalas ni.
Pendapat aku, selain skill ngan teknik yang bagus, mesin pun main peranan jugak.
Aku takde la stress sangat kalau salah jahit. Bukak balik jer jahitan tu.
Kalau mesin buat hal memang aku stress!
Macam aku stress ngan previous machine aku beli kat expo mesin jahit kat the mall KL dulu. Baru jahit sepasang baju motor dah kaput. Tak ke hanginn?
So far aku happy ngan mesin ni, takde banyak bagi aku problem.
Kalau problem pun sebab silap aku.
2 tahun sekali gi hantar servis sebab jarang guna kikikiki.
Overlocker, aku baru tukar ke Bernina 800DL.
Kan hari tu aku kata overlocker Janome aku buat hal, aku ingat nak gi hantar servis jer..
Alih2 TERbeli lain!
Nasib kau la Abang Saad. Tetiba.
Contoh decorative stitches mesin aku. Jahit kat hujung skirt bebudak pun cantik ni.
Buat skirt kembang atau box pleated skirt plain colour.
Pastu taruk decorative stitches ni kat bawah skirt tu, buat 5-6 line. Cun!
Yang kiri tu conteng2 jer.
Sewing table ni aku dapat free, orang bagi. Muka rezeki kot.
So, mudah lah sikit nak simpan segala mak nenek barang2 sewing aku.
Yang pink folder tu tempat aku simpan segala pattern2 yang dah buat.
Kan kemas?
Time ni jer laa kemasnyaaa.
Project baru siap..
AKmal punya daaaa..Haha..
Aku tak boleh tahan dengan kain ni, cute sangat.
Pedulik la nampak cam gegel ker kann..JANJI AKU SUKA!
Button cupcakes tu pun comel sangat tak mampu aku nak membiarkan dia di kedai itu. Lebih manis dibawa pulang sekali.
Aku buat sebab Jumaat ni kelas dia buat metaphore .
Dia jadi chef. Fuhh..lega di situ.
Buatnya mintak costume tenggiling ker, lipan ker tak ke boleh demam aku nak membuatnya?
Tutorial utk chef hat aku ambik kat SINI
Apron tu ikut ukuran badan dia.
Tadi dia kata hari ni kena bawak gi sekolah.
So, sebelum tu aku snap la dulu ngan model sekali.
Nampak dahi dia bertanda?
Amjah baling ngan toy train. Mengelupur member.
Terpaksa layan, kang dia taknak ambik gambar takde plak modal blog aku.
Tengoklah, kalau aku free, jumaat ni aku gi skodeng diorang punya metaphore.
Lagu pizza kids katanyer.
My current project. Gian kannn…
19 comments:
muka pak lawak jugak la anak bujang sorang ni hahahaha
cer wat apron kan haku kak nak yg ade ropol2 n nampak sheksi takmo pakai kat dapo nak pakai kat..kat..errr hahahahahah
apron ni pun aku nak.. kire 2 set la nana, sekali dgn robes aritu yer !
Wahh terer, terer, terer.. kuih kaswi sekali wat dh jadik. Kite wat dah 3 kali pun dok salah lagi hahaha... My Latest Entry:
JJCM: Chicken Rice Shop (Wangsa Maju)
hahaha!!! mak terpaksa..anak tak kose, btw ur son very2 cute lah.nasib bonda takde gegirl..klu tak mau cop awai2..hak3!!
Akak paling malas datang umah ko ,tapi tak datang rugi,
jadi rindu ngan omelan ko yang begitu buat akak makin muda...kwang kwang kwang..
akak pong buat kaswi gak semalam.resipi bantai semacam.alal syle dolu dolu..
nie tengah menyiapkan tempahan langsir orang..bagus juga dtg sini ilang sikit stress nak menyiapkan langsir menyusun2 nie..tapi yang penting ko kreatip laa suka!!!!
apa laa kaedahnya model tu posing mcm tu..tapi layan jelah kan... :)
amjah ada harapan boleh jadi pemain bola keranjang ni...balingan tepat ....
Dah jauh naa topik ni. Akak tak fahamlah. Overlocker tu apa ke makhluknya? Lagi satu line: select ... tu dia punya no series ke? Akak setakat belajar menjahit kat belakang kedai nyonya kain PD masa abis STPM dulu je, nana. Mana nak faham subjek advance ni. Hahaha.
Tapi tak pe, layan gamba Akmal pakai apron pun dah cukup berbaloi akak singgah rumah nana ni. Macam pernah berlakun labu labi pulak akmal ni. Familiar sangaaaat..Kihkihkih.
cutenyer apron tu, hahah
cutenyer apron tu, hahah
untungnya tgn berseni2. hihi.. kite ni bdk2 ada cooking class kat sekolah terus ingat kedai je pegi beli apron ngan hat dia tu. hehe..
Cumilnya kain tu... apakata bukakn jualan kain yg cumil2 tu.. I sanggup beli ;)
kelakar la akmal... betul la mcm labu labi... k.temah... work station ekau sgt kebabommm hokey.. kalah bernard chandrann...
p/s: chips??? kecik ati.. eden le tue hahahahhaha (lega tak kena seligi):p
Ye, memang kain apron tu saaaangat cute.
Kak, saya pun nak kena diet (bukan nak dieat tapi kena..kahkahkah). Berat sudah tidak ideal dan ada tanda2 penyakit 3 serangkai. Doc suruh diet. Berat ni naik pelan-pelan je sikit sikit lama jadi bukit.
Masaelahnya, saya stres kalau tak dapat nasi dalam sehari, jadi saya tak boleh buat Atkins. Dan saya rasa kalau tahan makan ni tak leh tahan lama, sampai bila nak tahan makan nasi. huhu.
Adakah diet seperti orang dalam pantang berkesan? Tapi dalam pantang pun saya bertambah walaupun masak air dan ikan goreng. Selera mantap.
Nak tunggu apa kebenda curent projek tu. Bertuah abang saad dpt nini pandai masak dan menjahit. cun pula tu ...
sebut hot2 chicken shit tu seselow sket buleh?? ada antara kami yang terasa.....hehhehhe
kui3 klako la akmal tu..sme jela ngan ank bujang aku pong...klu suh bergambo msti nk buat muke...x leh ke nk buat gaya macho ke kn...hikss
eiii dh lme nk blajo menjait tp tu la...bestnyer klu leh jait bj sndri...bj suami...bj ank2...perghh jimat banyak kowtt...hee
CPN,
ko nak yg seksi seksa kalu, aku buatkan g-string terusss.
Nad,
berehhhh!! total $200.
Farah,
Laaaa..ye ke? Tiru je la resepi bulat2 inshaAllah jadi.
BondaRyan,
Gituu lerrr..manjang kena rela jer ngan fe'el dia ni haha.
Auwww..sila produce sorang gegel pasni:D
KakAsma,
Sentap ai taww kaka..
Malas2 datang sini rupanyaa ..pasroh jer la hihihi.
Rajin akak...nanti pas dapat upah jgn lupa belanja:)
Net,
Tu laa..Nasib la takde anak sorang ikut jejak langkah mak dia hahaha.
Tepatkan tengah2 dahi? Marbeles betul kalau jadi basketball player.
Kak Aidah,
Overlocker tu mesin jahit tepi:)
Kak..nanti kalau ada term2 jahitan ni, akak skip jer la. Enjoy jer hasilnya :)
Zul,
Hehe...nak satu??
Asmara,
Hehe..sama la jugak masa dedulu. Ni tengah gian katanyerr:D
mademoiselle ten,
Takat tolong2 boleh la, nak bisnes kain, alahaii.
website ni pun cute2 kain dia..
http://www.wrappedinfabricaustralia.com/
Tengok la mana2 kita boleh tolong.
Me,
Over tau ekau mengkalahkan bernard chandran dari eden.
Meja free jahhh haha.
Ha'ah..macam labu labi pun iye.
Tau pun sentap!
MAIA,
Kalau cenggitu jgn berlengah lagi.
Memang susah gak nak tinggal nasi, tapi try pelan2. Start kurangkan portion dulu.
Abg Saad 5 hari tak makan nasi turun 2kg. Tapi weekends dia makan gak. Diet org pantang pun sebenarnya sedap jugak hihihi. Lagi sayur air pekena ngan sambal lada hitam..perghhh!
Nieda,
Kasi preview dahh.. InshaAllah nak cukup tido boleh sambung mengarang:D
NurulHudaResad,
Wakakakaka...Tu laa...sapa suruh hot2 chicken shit?? Tau plak nak menyentap kuikuikui.
mrs. ecam,
Tu la diorg ni kan? Apa yg bestnya buat cenggitu pun tak tau la. Tak paham tul!
Sila la belajar menjahit kalau ada masa free. Seronok tau lagi2 bila tengok hasilnya:)
kak terbaik la work station ko tu..betul kan mesin jahit tu penting..saya beli mesin jahit yg brother yg basic tu, mula2 lampu dia mampus..pastu skrg nie tapak pulak bunyi xsedap..memanjang sangkut je kat benang bawah dia..fenin2..mesin jahit akak tu xpernah dgr pun brand dia kat msia..jenome tu penah la dgr..
Post a Comment