Pages

Friday, July 6, 2012

Masak, makan… Jahit, pakai.


السلام عليكم
Selasa lepas kawan aku sampai, sempat jugak paksa dia ajar buat kek coklat kukus haha. Saja nak kenen resepi dia. Kat sini, 1st time aku buat kek coklat kukus. Biasa bakar jer, sebab macam malas giler nak dok mengelap tudung steamer tu macam aku buat masa zaman dedulu.
Tak tahu pun yang skang kalau nak kukus tutup dgn aluminium foil jer.
Lembab jugak aku ni.

IMG_5234
Aku tanya dia..
“Ni kek coklat kukus apa?”
“Kek Colat kukus la.”
“Laaa.. kan skang version kek coklat kukus ni macam-macam. Kek Coklat kukus Kak zabedah la, kek coklat kukus Kak Salmah la. Habis, yang ni? Takkan kek coklat kukus jer?”
“ Kasi je la nama kek coklat kukus minah rempits.”
Tapi, kalau sesiapa rasa ni resepi dia, sila la tuntut yer…Atau halalkan sebab resepi ni pun bukan rekaan dia katanyer.
IMG_5239
Resepi:
1 cawan serbuk koko*
1 cawan gula pasir*
1 cawan susu cair*
1 cawan butter cair*
1/2 cawan susu manis*
1 tsp nescafe*
3 biji telur
1 tbsp ovalette
1 1/4 tepung gandum**
1 tsp baking powder**
1 tsp baking soda**
1 tsp choc emulco
Cara:
1 . Masak bertanda * dalam periuk dgn api kecil hingga larut. Masukkan chocolate emulco, kacau rata. Ketepikan.
2. Pukul telur dgn ovalette hingga kembang dan likat.
3. Ayakkan bertanda **
4. Masukkan campuran koko(*) ke dalam telur berselang seli dengan campuran tepung(**) sambil gaul rata.
5. Masukkan dalam loyang(Aku guna loyang bulat 8 inci.) Tutup loyang dengan aluminium foil.
6. Kukus dalam pengukus yang airnya dah mengelegak selama sejam atau hingga masak.
7. Sejukkan kemudian baru tuang topping.
Topping:
1 tin susu pekat
1/3 cawan serbuk koko
1/2 cawan minyak masak
1 tsp esen vanilla
Cara:
1. Masak semua bahan hingga sebati.
2. Tuang atas kek.
Tapi topping tu aku buat separuh jer. Susu pekat manis tak cukup.
Rasa sangat sedap. Yang best tu, biasanya kalau sejuk, kek jadi keras sebab butter membeku. Tapi yg ni, maintain je lembut, takyah nak panas2kan dah.




9 hari lagi sekolah nak bukak..phewww!
Keji punya mak kan dok membilang hari bila sekolah nak bukak haha.
Aku ajak diorg ikut keluar gi shopping bukannya nak ikut. Semalam bawaklah jugak, tu pun paksa ikut. Tapi serius aku tak tahan bawak diorg ni shopping. Ngan Abang Saad jugaklah yang diorg boleh senyap time shopping.
IMG_5243
Anak uols ada cenggini time cuti sekolah?
Manalah aku tak sibuk count down sekolah bukak khennn?
Tengok Tok Lebai pakai jubah tu…
Asalnya…
Semangat jugak nak solat Jumaat ngan abang2 dia tadi…
Mintak pakaikan jubah siap kopiah (Padahal tak mandi lagi)
IMAG0151
Elok sampai masjid…
Zzzzzz..
Tok Lebaii sangat.



Coat dari entry ni.
Sendiri jahit, sendiri pakai.
Gambar ngadap matahari kasi effect cerah gemilang wakakaka!

IMG_5241

Ahkak bukan fashionista walaupun minat la jugak fashion ni.
Mana sempat sarung jahh. Nak kutuk apa tak kena, kutuk lite2 jer la bak kata ex-ratu premix tu.
Janji selesa.
Nak jadi fashionista takde budget la dik! Haha.

Lagi satu coat tu, nanti ler. Tapi kalau nak tengok ada kat instagram.
Topsyturvymum.




13 comments:

Cik Puan Nurul said...

wahhh kek itu saje je kan..haku tahun depan baru leh melantak kek atau kalo ngandung je wat ms ni tak boleh harommmm hahahha..
cantik dan sgt sesuai dgnmu kak lawo lah coat tu..instagram pun haku xde weh cemana nih

Ummiakid @ lily said...

mudah jer resepi kek tu kan...nanti leh cuba...bab mengoda mmg terro kan..??? hilang diet bagai tau. Nak raya ni den nak gak memakai kebaya.

Tak leh nak follow arrr...den tak do ehhh instagram bagai haruk tu sume. Coat tu cun sehhh...pertanyaan ari tu x jawap pun...nak tempah apron ala² maid sepanyol...buleh dhop???

liemaopurut a.k.a ana said...

muahahahhaha comel saangat lebai tu tau ;p.

kek coklat tu nampak menarik sangat...x sabar nak cuba ;p.

pssssttt...x fashionista??x pe la kak..janji akak pakai coat tu sangat la meletopsssss..santekkkkk ooo

NenetPenne (NP) said...

kalau peel budak2 tu mcm tu, memang haruslah mak dia membilang hari... sabar jelah....

Me said...

walo menyusun tinggi kusyen at least dia membaca atas tue.. bukan melompat hehhehhe....

mmg tingin mkn kek.. haruskah??

dah pak lebai tidur sapa ganti jadi imam solat jemahat tadi???

gaya fashionista ada.. tapi tangan sgt KUKUH ye berat kah bag itu??? siap menggengam penumbuk gitu hahahhaha (lite tak kutukan eden???)

ibh_sue said...

Aslmkum.
Kek coklat tu nampak moist sgt. Lg satu, cantiknya baju. Pandai menjahit. I like it. Salam kenal dr sue :)

knv said...

memang kebabom coat hang tu dek! cepat2 la bukak order. create your own label. jual murah2 mesti hang jadi pereka coat tersohor di aussie!

Ngongom Lily said...

masa first2 tgk coat haritu kagum akak...tpi bila tgk TTM pkai...huurmm...akak nak kagum 100x ganda boleh x..?
anywy...slm kenal, secara x sgaja trbabas ke rmh TTM....terussss rasa xnak balik2...klu blh tiap2 hari nak melangut dpn pintu...ha3

Aidah said...

Apa pulak tak fashionista nya. Dah cukup segala pakej. Tinggal nak dapat kelulusan abang saad je lagi. Akak mmg tabiklah dgn nana. Semua pandai. Cubalah usaha dapatkan adik pompuan utk pak lebai tu. Dapat turunkan ilmu kat dia nanti. Ada can akak buat menantu. Hihihi.

piNky LuCiA said...

cantiknya coat... alangkah bagusnya kalau sy juga pandai menjahit coat.. hehehe

TopsyTurvyMum said...

CPN,
Haku jaranggg makan kek, so sesekali takperr lahh.

Lily,
Laaaa...series rupanya nak ke apron tu. Nanti ler akan diusahakan, inshaAllah:)

limoepurut,
Lebai tak sempat jejak masuk masjid pun terussss zzzz..
Haaa.sila try kek tu:)

Net,
Tu laaaa...cam tazan dah maknyer musim cuti ni:D

Me,
sungguh lite kutukan ekau tu hahaha.
eden mengegnggam kunci kete laaa

makcikkantin said...

Coat tu mmg ada kelas.

Makcik pun dok guna resepi tu, pun tak ingat asal dari mana

Irfa said...

tantek sangat