Cuti kali ni memang takde jalan ke mana-mana pun. Layan bebudak ni kat rumah jer. Hujung minggu baru ni ada jugak matahari. Wahhh…amat jakun sekali bila dapat matahri camtu. Terus bebudak ni ajak gi cycling. Aku tak ikut, sayang nak bazir lemak. Dah la mengayuh 17km!
Aku angkat dumbell 10x sudehhh! 5x tangan kanan, 5x tangan kiri.
Semalam ngan hari ni pulak terus hujan. Melbourne ni aku syak macam puteri lilin. 7 tahun kat sini aku notice dia bukan boleh panas sgt, boleh tahan 2-3-4 hari jer panas pastu mesti hujan atau sejuk balik. Tak kira la musim apa. Jacket memang kena sedia jer dalam boot kereta. So, sesapa berhajat melancong sini, kena siap sedia semua tu la dengan cuaca dia yang 1 hari ada 4 musim.
Last week aku suruh budak 2 orang tu prektis puasa. Untung diorang skang bulan puasa kena time winter. Subuh pukul 6, maghrib pukul 5.10 gitu.
Tu pun pukul 3 dah start tanya aku lagi berapa minit lagi nak buka. Penat mengalahkan buruh kasar.
Semalam aku sempat meroti. Buat banyak terus, senang keje aku.
Takde la acara buat aku macam tukang masak restoren.
Sekali harung senang.
1 resepi doh aku buat 3 jenis roti.
Haaaa…korang pilih jer la nak roti jenis apa. Ala2 bakery dah!
Basic bread. Salah satu resepi roti kegemaran.
Aku pernah buat kat SINI.
(dgn menggunakan basic bread recipe dari Pn.Roshayati yang aku ambik dari blog Bro Rozzan)
Bahan A
440 gram tepung roti/ high protein flour
60 gram tepung superfine (saya gunakan tpg Hong Kong)
100 gram gula (saya gunakan 70 gm jer)
1 sudu teh garam halus
30 gram (2 sudu besar) susu tepung
1 sudu teh bread improver
4 sudu teh (1 paket) yis kering (10-11 gm)
Bahan B
250 ml air
1 biji telur (pukul sikit)
Bahan C
80 gram shortening /lemak sayuran
Cara :
1) Masukkan kesemua bahan A kedalam mangkuk mixer. Dgn speed yg perlahan, ratakan bahan dgn menggunakan dough hook.
2) Tuangkan telur sedikit2 ke dalam bahan A sambil terus menguli/mengadun dgn mixer. Kemudian masukkan pula air sedikit demi sedikit dan terus uli sambil ditinggikan sedikit speed mixer tersebut. Uli hingga adunan agak lembut dan licin.
3) Masukkan bahan C ke dalam adunan tadi dan uli lagi hingga adunan jadi licin dan tak melekat di sekeliling mangkuk mixer. Biarkan doh selama 30 - 40 minit.
4) Setelah itu, tumbuk2 doh dan uli untuk keluarkan angin. Ini amat penting untuk menghasilkan texture roti yang lembut dan tidak berongga besar.
5) Bahagikan doh kepada 3 bahagian, berat setiap bahagian kira-kira 330-350 gm. Bulat2kan doh. Rehatkan 10 minit.
6) Keluarkan angin dari doh dengan cara menekan dan memicit doh tersebut lalu bulatkan sekali lagi.
7) Canai doh hingga menjadi 'rectangle' seperti di gambar bawah tu.. Kemudian sapukan sedikit sos atau sambal rata2 di permukaan doh tadi dan taburkan dgn inti corned beef atau apa-apa pun inti kesukaan anda. Gulung dgn kemas dan potonglah dgn pisau yg tajam dgn ketebalan roti tu mengikut citarasa anda. Buatlah serupa kpd 2 lagi bahagian doh roti tadi.
8) Alihkan potongan2 roti ini ke dalam acuan kertas dan biarkan ia naik sekali lagi kira-kira 30 minit. Bakar selama kira-kira 15-20 minit (atau hingga masak kekuningan) dgn suhu 180 darjah Celsius.
SOS/SAMBAL
Anda bolehlah menggunakan apa jua sos atau sambal yg anda gemari.(Aku tak letak)
INTI TUNA
1 tin tuna saiz sedang.
1 tin tuna saiz sedang.
1 biji bawang besar (potong dadu)
2-3 btg cili merah hiris
2-3 btg cili merah hiris
perahan lemon
1 sudu kecil serbuk lada sulah
hirisan daun sup secukupnya
garam.
Taburan cheese mozarella dan cheddar
Sebelum gulung.
Untuk Abang Saad bila dia balik untuk lunch…
Aku taruk nutella.
Lagi satu paling senang….
Cheese and onion.
Hiris bawang. Goreng dengan butter sampai layu. Tabur atas doh, tabur cheese. Gulung.
Selesai!
Mak pun senang hatiiiii.
Makan lah korang sampai petang.
Kalau boleh nak sampai dinner. Tapi takmo la kan mejatuhkan kedivaan aku dalam rumah ni.
So, masak la jugak..
Tu pun resepi paling senang. Sup ayam.
Hari tu masa Mak Jah datang sini, dia sibuklah mencari bekas nak simpan teh.
Gigih betul.
Aku ni takde la terpikir nak simpan bekas teh kat tempat cantik2.
Diam jer la korang dalam kotak asal tu. Takdenyer nak pindah2 kat tempat lain.
Padahal berlambak bekas teh kat kedai. Tapi dah pesen dia cerewet nak yang style gini, style gitu laa.
Actually dia cari yang ada partition. So nanti boleh la dia separate jenis2 teh kat dalam bekas tu.
Akhirnyaa….
Pulang ke Raub tanpa bekas teh.
Aku nampak kat katalog ALDI ada jual Sabtu lepas.
Ahad aku pergi, nasib ada lagi. Tu pun kaler ni dah tinggal 2 kotak jer.
Satu lagi kaler putih. Sesuai la kot utk dapur ala english.
Ni dia..
Haaa..nanti boleh la ajak jiran tetangga minum teh di petang hari yerr..
Suruh diorang bawak kuih sorang sepiring. Mak cik Doyah bawak cucur badak, Makcik Dah bawak goreng pisang, Mak cik Kiah bawak pulut panggang.
Mak buat teh sudah…
“Uolss suka teh mana? Haaa..sila pilih! *sambil hidung kembang kempis menayang kotak teh ni*
“Teh yang ni dari Hong kong….yang ni dari Sudan…yang ni pulak dari Swaziland……” Sambil kunyah cucur badak.
Last last…
“Pilih jer yerrr…” terus tutup bekas kemudian hidang air suam.
Amacam??
Keji tak skrip aku?
1 comment:
kalau ada lagi nak jugak...
Post a Comment