السلام عليكم
Amaran: Karangan sangat panjang. Ada rasa nak terkucil, sila lepaskan hajat dahulu sebelum membaca.
Alhamdulillah Mak Jah dah selamat ke tanah suci Mekah Al Mukarramah Rabu minggu lepas. Aku dedulu ada gak plan nak balik M’sia nak babai2 dia masa berangkat, tapi Abg Saad tak dapat lak ambik cuti. Lagipun ngam2 jer dia berangkat masa bebudak ni cuti sekolah. Tak dapatlah aku nak bersedu sedan peluk ketat2 masa dia naik bas ke epot.
Lama dah tak hantar sesiapa gi haji. Last sekali masa aku kecik lagi 7-8 tahun kot. Arwah nenek aku gi haji. Kenangan tak bleh blah aku masa tu….
Takut naik escalator.
Patut zaman tu budak2 takut ke hantu paku, hantu payudara segala.
Aku takut naik escalator. Sapa la nak dukung aku kan umur dah cenggitu?Jenuh Pak sedara aku bawak aku ikut jalan jauh. Nak guna tangga jugak. Adik aku sedap la ada orang dukung, padahal aku suspek dia pun penakut. Patutnya dukungla aku. Aku kan anak tunggal pompuan. Kang kalau kaki kena sedut, kan dah kurang harga hantaran kat situ. Hmmm…Tu la mak bapak zaman dulu bukan nak pikir jauh.
Doakanlah Mak, Ayah, Mak Ngah aku dan semua para jemaah dalam keadaan sihat dan dapat mengerjakan ibadah haji dengan sempurna dan mendapat haji yang Mabrur, amin.
Mak…kalau terbaca ni, jangan lupa doakan anak mak ni yer semoga sihat selalu, lambat berkedut dan semakin cerah.
Sabtu lepas kitaorang TERRRpergi holiday walaupun 1 malam jer. Janji bukan bermalam di rumah sendiri, holiday ler tu.
Pergi Geelong lagik cam tahun 2010. Khamis malam tu kawan aku sms ajak gi. Jumaat pagi baru carik accomodation. Nasib ada. Sebab hari tu Footy Grand Final, semua orang nak duduk rumah layan TV atau gi stadium.
Pagi Sabtu gedebak gedebuk lepas subuh siap2..
3 biji basikal jer boleh muat. Terpaksa la aku berkorban tak bawak basikal aku.
Dalam kete memang penuh la ngan barang2 7 orang. MIL ngan FIL pun ikut sama.
Macam biasa lepas aku dah masuk kereta…
Tetiba jer dah sampai.
Terer ko bang bawak kete, sekelip mata gitu.
Kesat2 mata dengan perlahan(takut comot mascara ai nanti)..
“Ni ker cabin kita bang? Apsal macam toilet jer?”
“Dah memang toilet, memang la macam toilet!” kata beliau dengan agak tegas.
Jeles lettewwwww tak dapat tido!
Ni haa…
Kitaorang sampai dalam pukul 11 gitu. Tapi check in time kul 2. So, gi carik tempat makan dulu. Nasi beriani yang aku masak lepas subuh macam melambai2 sambil buat tarian makyong.
Terpaksa makan laju2 sebab masa sampai tu hujan, makan lak kat pondok. Punya la sejuk. Tapi aku berjaya gak habiskan sepinggan sebab itu memang kepakaran aku. Makanan biasanya habis dengan jayanya walau keadaan macammana sekalipun.
Taktau nak gi mana lak pastu. Tetiba datang idea…
Apsal tak call jer tanya boleh check in awal ke idak?
Diorang kata BOLEH.
Tu la kannnn? Kalau kenyang macam2 boleh fikir.
Mengong betol! Kalau call awal2 masa sampai, dah boleh aku tambah 2-3 pinggan.
Ni la rupa holiday park yang kitaorang duduk. Cabin kitaorang yang 2 biji hujung sekali. Satu utk MIL ngan FIL.
Ni rupa kat dalam. Ada dua bilik. Satu bilik ada double bed, satu lagi 2 bunk bed. Tapi aku, saad ngan Amjah jer yang dok sini. Ada dapur untuk masak2. Aku bawak kuali letrik aku utk goreng mee malam tu. Kat rumah sebelum pergi aku siap2 dah buat perencah mee goreng. Senang. Nak makan, cuma masukkan mee ngan sayur jer. Malam tu makan potluck la. Kawan aku bawak makanan dia jugak.
Kira selesa la jugak. Selesa la kann…dah aku ngan saad jer kat situ. Amjah datang pun masa nak tido jer. Masa aku ambik gambar ni, tetiba dengar bunyik berdegang!! Terkezut mak.
Saad langgar pintu cermin.
Hmm..takyah la citer lebih2. Tak baik kutuk laki sendiri hahaha.
Petang dalam pukul 1 lebih diorg dah siap2 nak mengayuh. Nasib tak tunggu saad punya time check in kul 2.
Aku babai2 jer la sebab dah kenyang, ada la program aku sendiri.
Esok paginya turn aku plak.
Aku nak bawak camera aku, Saad tak bagi.
Lemak sendiri pun tak terangkat lagi nak angkat camera katanya.
So, gambar masa pengembaraan aku ni, guna camera dari fon jer la.
Termasuk aku 5 orang jer yang gi pagi tu. Yang bertiga depan tu takde keje lain bercakap tak habis2. Ntah mende2 berceritanya. Dah la semua gossip2 tak mengghairahkan langsung.Penat dengar diorang bercakap dari penat mengayuh.
Eh…
Gambo aku mengayuh pun ada laaaa..
Gigih mendada sambil melentikkan vontot untuk tatapan korang punya pasal.
Lepak jap tepi Barwon River. Tengok orang berkenu.
Mesyuarat dalam hutan.
Lagi pemandangan. Pakai sari sambil golek2 pun best ni.
Singgah lagi ambik gambar..
Aku suka gambar ni walaupun bukan hasil DSLR. Ahkak nampak cerah berseri kan walaupun sipi2 jer? Hakhakhak! Apakah makjah awal2 sudah membuat doa?
Ni dari atas jambatan. Pakai sari sambil terjun tiruk pun best ni.
Pakcik2 warga emas sedang membersihkan.err..ntah la apa nama bentuk mukabumi ni. Kolam ker paya ker parit ker bendang ker? Takde la aku kesah.
Janji gambar kat camera aku penuh. Ni gambar masa aku jenjalan sebelum nak balik. Sempat patah balik sikit.
Caravan park sebelah.
Aku balik dari jalan2 seorang diri….
Nampak budak2 ni dah terkinja2 kat sini.
Yang entry semalam tu aku melompat serba hitam tu kat sini la. Lepas cycling ler tu. Belum beli trampoline pun lagi laa.
Takper, kita ambik mood dulu kat sini sebelum beli.
Ni bukan trampoline tapi jumping pillow.
Ok lemon2 sekalian…
Sila behave okeyy! Tolong jangan merusuh kat dalam tu, mak nak melompat ni.
Masuk gear 1 dulu.
Hahaha…gear berapa pun taktau la ni.
Acara lompat berpasukan. Habis melurut terus lilitan tudung aku.
Whussssshhhh!!!! Gaya mendarat.
Adnan terkesima tengok mak dia.
Akmal aku taktau apa masalah dia.
Ahhh..ada aku peduli?
Hahahahaha…aku taktau nak buat caption apa ni weiii..
Over sungguh!!!
Ni kalau duduk lagi satu malam kat situ, mesti dah boleh buat sommersault berpusing.
Amjah sampai takut haaa…Peluk ketat2 bapak dia.
Benarkah apa yang aku nampak itu mamaku?
Malam tadi Saad tengok gambar2 dalam camera. Pastu dia cakap..
“Ehhh..tengok i melompat, bila jatuh pun rambut ngan spek menten jer. Macam Steven Seagal…fullamak!!”
Ok, kasi chance ko berangan bang. Aku penat malam tadi. Malas nak keluar suara walaupun memang dah siap karangan aku nak jawap.
Steven Seagal yer Bang??
Ohhh…Steven Seagal..
Hakikatnya Bang…Memang pedih la sikit, harap bertabah yer Bang.
Tarmimi Serigar pun belum tentu Bang. Cer tengok cara ko melompat tu Bang. Seteven Seagal memang takde gaya macam kentut tak lawas gitu rasanya. Cara melompat tu(kalau gitulah namanya melompat) aku bagi nama Lompatan Ala Menopos.
Tabah yer Bang. Sila cepat2 belikan trampoline untuk ai budak2 ni yer. Luv u strong babeh!
Akhirnya…
Jaga Amjah lagi senang kan Bang?
Budak ni baru baik demam. Susut sikit badan dia takde selera makan.
Lepas melompat ni memang satu hari badan rasa macam nak melompat jer. Ntah pesal. Malas tadi masa aku melakukan proses penyahtinjaan pun rasa macam badan nak melompat atas toilet bowl tu. Lama aku kat dalam. Biasa 5 minit jer, tapi jadi 15 minit. Otak aku konfius mana nak proses perasaan nak melompat aku ngan melakukan proses penyahtinjaan.
Lepas check out gi cari Sunday Market dekat2 situ…
Ada satu tapi dah tinggal hujung2 jer.
Banyak dah tutup.
Hujan sikit tapi xde hal sangat. Hujan manja2.
Macam nak hangkut balik rocking chair ni tapi kedai jual lori tak bukak pulak hari tu. Dia jual $25 jer kusi ni. Tak lama pastu ada orang beli. Tengok jer orang tu angkut sambil berharap ada part yang patah nanti.
Untuk yang minat set cawan cenggini. Royal Albert Made in England. Mahal ler $15. Cer jual $5 jer, boleh gak aku beli pastu jual kat blog $15 kan?
Ntah mende la sampah sarap yang nkorang jual sampai aku pun terjebak membeli.
Last kang aku tayang hasil belian aku kat market ni.
Pastu gi solat zuhur dulu. Jamak terus. Kata musafir di aidilfitri.
Ni Masjid Geelong. Bentuk macam church jer kata korang kan?
Memang asal dulunya church. Tapi bila church ni dijual, Umat Islam kat sini membelinya dan transform jadi masjid.
Ke Geelong Waterfront pulak.
Memang landmark Geelong batu tak ketahuan bentuk ni.
Cuaca cantik sangat semalam kat sini walaupun forecast kata hujan.
Lepak2 kat sini sambil minum kopi beramai2.
Yang pool bulat ni untuk bebudak jer. Saad keciwa.
Aku ambik gambar sambil golek2. Tapi malangnya sari tak sempat siap.
Amjah kini….
Dan…
Amjah 2 tahun dulu…
Di tempat yang sama.
Well done Amjah! Ada peningkatan dalam mengepau eskrem.
Petang dalam kul 3 bertolak balik.
Sebelum turun Westgate Bridge. Diorg dah pasang pagar kat tepi jambatan tu. Dedulu ada kes orang humban anak pompuan dia umur 3 tahun dari atas jambatan tu. Giler punya bapak. Abang2 dia tengok jer ayah hamjad tu humban adik dia. Sadis okeh. Nak nangis bila teringat.
Ok, last sekali mari tengok hasil dari Sunday Market.
Bakul $5
Mangkuk 3 segi $4
Botol todi $4.
Haha..botol tu memang asal penggunaannya utk derang letak minuman syaiton tu. Tapi aku guna nak letak minyak masak dalam tu. Stylo sikit kan tempat simpanan minyak masak aku?
Saad tengok..
Dan berkata…..
“Sebelum hari ini…Belum ada keturunanku beli botol todi.”
39 comments:
adoi aku gelak tak sudah2 baca entri neh..berair mata..
lompatan anda sangat menarik tapi lompatan abang saad..????
ahahahaha ok , ko make my day okeh.
keras perut tgk tarmimi saregar lopat ahahahha
Hahah Kak TTM ada gaya lompatan.. Memang dah practice atas katil dulu ke sebelum datang holiday tu.. Hahah
=)
kak,
adoii.. kem salam kat steven seagal tu ye.. ahaha.. lompatan akak pulak memang tergamam saya dibuatnya
:) u made my day
hahahahahahaha.....
nasib baik kt opis ni bilik tak share, so ai buleh gelak puas2.....kuikuikui.....
Biasalah. Dah blog pun dia yang punya. Jadi, unsur-unsur propaganda tu mestilah ada.
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaa, memang panjang giler karangan ko kali ni.. sekali timbul semua citer ada.. hahahaha.. nak komen yg gambar putih melepak berseri2 ko tu.. tinggi idung ko nampak.. uwaaaaa.. botox ke botol ni? ehehehe.. perghhhh.. giler best garaj sale tu.. mmg kalau kat KL ni yg ada jual garaj sale ni kat pasar tani shah alam je.. tapi barang2 nye tak se best kat sana.. uwaaaa.. jelessss i.. ingatkan ko beli kusi tu.. ikat atas bumbung kete.. hua hua hua.. mmg murah kan.. supaya balik rumah tak patah.. kena test duduk + hempap2 skit siap2 kat sana.. ok kuat baru bayar.. ha ha ha.. ade ke camtu?
wau menariknya... teruja tengok gambar2 tu
gambar cantik tu!!!
kenape sari???
kejung perut tahan gelak. sian baby i dlm perut. dok bergegar2.. haha menyesal bukak n baca kat opis.
salam sis TTM..
sya & family akan ke melbourne insya-allah hujung bulan dec nie...
just nak tnya, msa tu kat sana cuaca pns yer??rsau plak sbb msa tu sya dah msuk 6 bulan preggy..rsau jugak kalau cuaca pns sgt...mst xbest nak jalan2...kalau sejuk sya suka...hehe...
Keras kejung aku gelak ...
Kemekbtak hidung abg saad langgar cermin tu ....
I hear people have been talking about me.
Hai Kak....lompat sakan no...kikikiik....sakit perut i bace citer arini...hahahah...
klakar r sis ni..
tp ape pn sweet sgt view yg sis snap..
even xdpt kesna hasil bacaan ini sy dpt rasakan sy berada d sana jg..
huhuhhhu
hahahaha lawak la ko kak
cantiknya tempat nie.... selendang ekau leh jadi sari la... rugi tul... kalau tak dah buleh tengok ekau bergolek dgn sari... kepada en tarmimi serigar tak jadi ... gaya lompatan mcm kena practice berjuta kali yeeee.... huduh sangat... hahahhahaha
entry yg sangat kelakar.. bestnyerr..
panjang betul karangan hari ni. fuhh! haha...seronok membacanya!
Salam sis,
Adoiyaiii lawak betul entry ni..saya buat kerja sambil baca blog sis sambil gelak sorang2...mesti diorang ingat saya tercabut skru arini hohoh
Wahhhh!!! Bestnya! Kita plak rasa seronok! :-)
woit tak hagak2 ko nak mengata abang saad ko yer...hahahahahha
Bestnya holiday. Btw semoga Mak Jah mendapat haji yang mabrur. Amin...
Excited nak mengomen, sampai tersalah post yg ku komen kak oiii...lama betul tak update. Ingatkan sampai lepas pantang...heeee
N3 yg menghiburkan
syoknya gi bercuti... wahhh seronok betol ko eh, terlompat-lompat tak hengat donia. tak jatuh ke peranakan? hehe! yg paling tak bole blah, tgk muka amjah kengerian sambil peluk erat leher bapak dia
Salam nyah..rindu sama kamoo..1st mak doakan mak jah dapat haji mabrur hendakknya..2nd ..tgk gmbr kamu melompat mak rasa nak melompat sama nyah..tapi atas katil jer la..huhuh..3rd ..saad dah tukar nama jadi saad seagal..ya..kelasss gituu..ehhe
hehehe ayat last abg saad tu buat ketawa bahak-bahak. abis dah rekod keturunan beli botol todi di pecahkan.
Salam TTM,
cantiknya permandangan best sangat.... ni yang buat akak nak gi jelajah ke melbourne lagi haahaa.... lama tak jenguk blog.... ni ada kesempatan syok pulak banyak lagi cerita yang akak tak sempat baca... anyway enjoy with lovely family
Pemandangan first class! Tenang aje. Di Malaysia susah dah nak cari tempat relax terutama musim cuti sekolah, semua tempat packed dan serabut! No wonder people there lives longer ! :)
hahahahha.. hebat gaya lompatan ko kak.. tp tak bleh lawan gaya melompat ala monopos.. hahhahaa.. gelak sakan aku..
hahahaha gelak komen saat seagal .. smpai dua kali mengomen tak puas ati hahaha ...
sakan gelak okay .. sengih mcm org gilak sorg2 .. huhu ..
amin utk mak kamu kak !
beruntung anak2 u dpt mak yg sporting camni..
salam boleh gelak guling baca entry yg sagat kelakar
Salam,
Kak n3 kali ni mmg best... akak ni dulu juara lompat getah ye.
Salam..
Member keliling partition ni pelik tengok aku tergelak-gelak sensorang depan PC..hilang Monday blues aku..syabas bete...
kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
ditunggu kunjungan baliknya yaa :)
Aduhhhhhhh sakit perut haku gelak dpn PC sorang2 ni hah.. sebbaik dah tgh malam. kalau x mau terkejut habis jiran tetangga... aii miss uolss la Rox! xoxo
Post a Comment